Jul's POV
"Gerak" Aku mengarahkan semua kawan-kawanku untuk bergerak. Semua mereka mengangguk lalu mula mengelilingi kawasan hutan yang melindungi bangunan Nymph sial itu. Kami berpecah kepada 20 kumpulan, setiap kumpulan ada 40 ahli.
Aku satu kumpulan dengan kawan baikku, si Kina dan werewolves lain. Si Taufiq mengetuai laluan kami. Aku lajukan lagi langkah trying to keep up with the others, peluh membasahi badanku. Plan sedang berjalan dengan lancar, tiada masa untuk berhenti sekarang.
Banyak yang sedang mengharap kepada aku ni, terutama dua orang putera trep hensem, seorang nymph trep cantik dan witch yang bikin panas degil bising tu. Tapi even though aku describe dorang begitu tapi aku care sama dorang ni. Dan kerana dorang lah aku sedang berjuang sekarang.
Aku harap dorang masih dapat tunggu aku lah. Aku harap I'm there before pengorbanan itu dijalankan. Aku ada suruh si Ratna untuk contact si Idiey tadi, itu lah aku tau pasal pengorbanan tu. Tenang hati aku sikit tadi time si Ratna cakap belum mula pun pengorbanan tu tapi ada juga perasaan yang tida bagus dalam hatiku ni.
Aku risau. Si Rafen tu aku anggap abang sudah. Jadi aku perlu cepat bertindak, aku takut kami tidak sempat. Kalau aku gagal misi ni, bagus aku bunuh diri ja lah. Tiada guna hidup kalau semua yang kita sayang mati. Tapi...aku tida mau mati juga, jadi bagus aku buat yang terbaik.
Selepas ja aku bincang dengan elemental-elemental pasal plan aku tadi, kami terus kumpul semua witches yang high rank ni untuk teleport kami dekat kawasan hutan. Setiap kumpulan ada werewolves sebagai tracker. That's why kami dapat track dimana dorang yang diculik itu berada.
"BUK!" Aku terlanggar badan si Taufiq yang tiba-tiba berhenti didepanku.
"Ui? Kenapa berhenti?" Aku berbisik, takut kena dengar oleh musuh. Aku mengerutkan dahi, sambil mengusap kepala ku. Dei keras bah betul badannya ni, macam batu. Sakit kepala ku gara-gara terhantuk tadi.
Semua orang berpaling ke arah aku, muka confused tertampal dimuka dorang.
Pak! Kepala ku ditampar dari belakang.
"Ouch! Wehhhh sakit bah tu," aku mendegus sambil mengusap kepalaku."kita sampai suda lah ngok," si Kina limpas disebelah kiriku sambil menjeling.
Ohhhhhhh...
Si Kina mengangkat keningnya, menyoal aku.
"Kenapa kau buat muka begitu?"
Dia menghembus nafas panjang.
"Ngok ngok lah betul kau kan Jul,"
"Maksudmu?" Aku masih tida faham.
"Astaga!" Dia memcubit batang hidungnya.
"Apa plan seterusnya Jul?!" Panas sudah dia sama aku.
"Oh yakan. Heh, sorry sorry." Aku garuk kepalaku yang sakit tadi tu sambil aku senyum kambing, trep kiut la bah ni kunun aku.
Okay, serious balik.
"Kita tunggu signal si Ratna, kalau ada suda dia bagi signal tu, ertinya semua sudah sedia." Jelas ku.
"Sementara tu, kita hafal dululah kan strategi kita tu?" si Kina suggest.
"Yaa," aku mengangguk.
"Okay, kalau begitu..."
"Group 3 masuk deluan, diikuti dengan group 5 dan 7 attack dari pokok. Group kita yang keempat masuk diikuti dengan group 2 dan 1, then kau jadi invisible, kami attack bodyguards yang ada surrounding tempat dorang si Idiey, kau ambil peluang untuk lepaskan dorang. Kau bawa dorang ke arah group group yang mengawasi kawasan luaran iaitu group belasan tu. Then kau panggil group 11, 12 dan 13 untuk serang. Faham?" Soalan itu ditunjukkan kepada aku. Memang lah bah aku faham, aku bah yang plan semua ni. Dei -.-
"Ya ya ya aku faham," aku buat muka bosan.
"Ugh, pastikan dorang selamat ngok, jangan kau trep faham ja situ. Nanti aku backing kau time kau turunkan dorang dari pokok tu"
Aku bagi dia expersi muka aku-tau-bah-juga sebelum aku berjalan menjauhi mereka.
Aku memandang ke langit, warna kebiruan yang sering aku nampak itu sudah bertukar menjadi merah kuning. Matahari akan terbenam beberapa minit lagi. Dan kalau aku tidak silap lah kan, kalau si Mimpit tu masih ikut tradisi lama, pengorbanan tu mereka akan jalankan kalau hari sudah gelap dan bulan terang menerangi bumi.
Kira-kira pukul 8 atau 9 lah tu kan?
Sekarang baru pukul berapa?
Aku pun check jam tanganku.
"Shit," Ngam-ngam jari pendek menunjuk ke arah 7 dan jari panjang menujuk ke arah 12; ertinya jam 7 tepat.
Aina. Tida lama lagi!
Bila si Ratna mau bagi signal ni?!
Pak! Sekali lagi kepala ku ditampar. Sepantas kilat aku menoleh ke belakang, aina. Balik balik kepala aku jadi mangsa ni hari.
"Group 3 sudah masuk, sedia lah kau," kata si Kina panik.
Gulp.
Aku menghembus nafas panjang sebelum mengangguk.
Aku boleh ni.
- A/N
HAHHAHAHAH! Sorry, belum ada yang mati pula chapter ni XD chapter seterusnya baru ada.
Sabar kamu XD Okay anyway, my question for this chapter is:
Setakat ni kamu puas hati kah juga cerita ni? Haha
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasíaWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...