Jul's POV
Aku betul-betul rasa bersalah sama si Idiey. Jahat betul bah kan pula aku ni? Dari mana lah aku dapat genetik prankster ni. Eh? dari genetik kah tu atau dari diri sendiri?
Jul, Jul, mengasi salah orang tua lagi bah. Main genetik, padahal salah sendiri.
"Kenapa kau disini?" Si Idiey duduk diatas katilnya, muka tekejut merenung aku.
"Panjang ceritanya," Aku mengaruk kepalaku yang tidak gatal.
"Bah...kau tau juga kan ni hari, hari ahad?" si Idiey menanya, masih dalam keadaan tekejutnya tapi macam dia okay-okay sudah. Dapat terima kenyataan suda bahawa orang paling dia benci duduk didepannya.
Aku menghembus nafas yang rupanya dari tadi aku tahan.
"Okay. Begini ceritanya...." Aku pun mula bercerita.
*
*
*
beberapa tahun kemudian....
eh tida bah.
beberapa minit kemudian.... (ni nah yang betul)
*
*
*
"Jadi kau mau aku ikut kau sekarang la ni?"tanya si Idiey yang berjalan berulang-alik selepas aku siap menjelaskan semuanya dari A ke Z, tanda dia nervous. (ceh tau pula aku kan.)
Aku mengangguk.
"Bila kita escape dari dormitory?" finally dia stop berjalan, mata tajam memandang menusuk jiwaku. Uina dramatik juga aku ni hari.
"Hari ni. Secepat mungkin lah. Tapi aku bagi kau masa pack barang-barangmu." Jelasku sebelum meminum segelas air jus oren yang si Idiey bagi tadi.
si Idiey berdiam seketika.
"Patutlah si Nech tidak mau layan aku selama seminggu ni," Si Idiey komen.
"heh ya." Kesian pula si Idiey ni...
Aku mengacau rambutku. Aku dapat dengar si Idiey menghembus nafas yang panjang, mengeluh.
"hmm...yala. Aku sudah tau juga pasal Perempuan yang matanya putih tu. Dia lah tu kali pengkhianat yang kau maksudkan,"
Dengan sekilas kilat muka si Nea limpas dikepalaku.
Aduh rindunya....
Baru aku perasan yang nymph ni semua bermata putih, tapi si Rafen tidak? Dia bukan nymph lah tu. Yang paling bikin heran lagi kan, si Idiey suda kenal si Rafen, what the? Membinggungkan.
"Idiey?" Bagus aku tanya dia kan, mana si Rafen yang dia maksudkan yang tinggal didormitory juga.
"Ya?"
"Kau bilang kau kenal si Rafen suda kan?"
"Yaa...kenapa?"
"Aku mau jumpa." Si Rafen ada tanda lahir bintang dipipinya...kalau ada juga tanda lahir yang sama dimuka tu lelaki, ndak la aku tau bah. Tapi aku curious...
"Ohh...umm...jap aku pack dulu begku. Sama-sama lah kita jumpa dia."
Aku ragu-ragu sikit tapi akhirnya aku mengangguk juga.
*
*
*
"Jom!" Tone suara si Idiey macam pelik sikit. Tinggi sikit pitchnya, hmmm...macam dia happy ja ni mau jumpa si 'Rafen' yang dimaksudkan tu.
Aku ikut ja rentaknya. Peduli la bah kalau dia happy jumpa si Rafen tu kan? Kenapa pula mau panas? Ishh...
"Bah, tangan." Bilang si Idiey. Si Idiey menghulurkan tangannya.
Hah?
Satu kening si Idiey diangkatnya, menyoal aku. Jantungku berdetak detik dalam rib cage ku.
"teleport," katanya simple.
Oh!
"Kenapa tida jalan kaki ja?" Aku mengaruk lagi kepalaku. Aish! Ada kutu bah kali aku ni...
"Aku mau praktis teleportingku," Katanya simple.
Sebenarnyakan, aku malu bah ni mau hold hands. Teingat aku kisah yang pasal kotak tu, kamu ingat kah tu? Aduh...mengigil aku kalau teingat balik.
Gulp.
"Cepatlah. Astaga,"
"yala yala"
Aku tutup mata, menyambut tangannya.
Tapi entah kenapa....macam deja vu ja situasi kami ni.
"Okay..." kata si Idiey. Ada senyuman terukir dibibirnya. Dari tone suara suda aku tau.
Poof!
*
"Okay Jul, lepas la tanganmu," katanya, mengejutkan jantungku yang suda dari tadi berdegup kencang. Aku pun membuka mataku,
"huuuuuu..."Aku menghembus panjang macam aku baru ja lepas dari berlari pecut di padang. Aku tunduk mengnarik oxygen banyak-banyak. Aku fikir aku mau mati suda tadi. Gila, kalah-kalah naik kereta yang mau accident.
"Siapa ni?" suara garau menyoal si Idiey. Suaranya tida pun sama dengan si Rafen yang aku kenal.
Aku pusing kepalaku ke arah suara tersebut.
"Kawanku, si Jul" jawab si Idiey.
"Rafen?" soal ku, binggung.
"Ya? Aku kenal kau kah?" soalnya lagi, dia pun kebinggungan.
Tiba-tiba, teingat aku apa si Rafen cakap pasal kembarnya. Dia pun di SMK Sandakan. Mataku meliar ke pipi kanannya.
Tiada tanda lahir.
Flawless pipinya tu.
Dia bukan si Rafen.
Tapi....
si Ashfri.
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasiWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...