Aku limpang di katil sambil mengingati semula perbualan aku sama si Nech.
Selepas ja aku suruh dia pegi balik di dormitory untuk check si Idiey, lantas dia bertukar menjadi lalat.
Okay bah juga si Nech ni tapi itu ja lah, malas mau buat apa yang aku suruh kadang-kadang.
hmm.. aku betul-betul perlu pastikan si Idiey tu sudah mati sebab wahyu pertama akan bermula tidak lama lagi.
Dan kalau dia masih hidup, hancur lah plan aku selama ni.
"Aku pastikan kau tidak dapat jumpa dengan lelaki tu," Aku berbisik seorang diri, biarlah orang cakap aku gila tapi ini ja cara aku boleh kasi relax balik diri.
"Kalau si Idiey mati, tiada lah yang halang aku untuk urat lelaki tu," Aku senyum sinis.
PANG!
Pintu bilikku ditandang dari luar, terbuka luas pintu tu.
aduii, macam setiap minggu dia kasi rosak pintu tu oh.
kurangasam.
Aku tidak bergerak pun time dia masuk dalam bilik.
"apa lagi kau mau ni?" aku tanya, mata masih tertutup.
Aku dapat dengar dia tercungap-cungap.
Mesti dia belari ni tadi kan, sudahlah tower ku ni tiada lif, 10 tingkat lagi.
Punya kesian dia naik tangga, sudahlah aku tinggal di tingkat paling atas lagi wkwkwkkwkwkwkwkkw. kesiannya.
Aku senyum sinis, menunggu apa yang dia mau cakap.
"Aku suda jumpa dia!" katanya.
Terbeliak mataku.
"Takkan lah!" Aku pun bangun dan menoleh ke arahnya.
"Betul! Aku nampak dia tadi petang," katanya. Aku tingu lah jam.
pukul 4:02PM.
Aku buat muka.
"Maksud mu baru tadi la ni kau nampak?"
Dia mengangguk, masih tercungap-cungap.
"Di mana?"
Lama sudah kami cari lelaki tu, Sang Putera dari Darkworld yang konon akan muncul di dunia ni apabila wahyu pertama bermula.
"SMK Sandakan,"
Aku menelan air liur. Mesti mukaku pucat ni sekarang. Macam pernafasan ku semakin bermasalah. Aku pun turut tercungap-cungap.
"Ertinya...." aku mula berkata.
"Wahyu pertama sudah pun bermula," sambung si Safari, iaitu Troll yang telah lama berkhidmat dengan aku menjadi Tracker ku. Aku rasa dia lah tracker ku yang paling setia. Selama 100tahun, kami masih bergeng. Dan buktinya, dia tahu di mana si Sang Putera sekarang. Yang aku takut sekarang ni, Si Idiey yang deluan tebejumpa sama si Sang Putera.
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasiWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...