12: Kawan baru

688 47 2
                                    

JUL'S POV



Berjam-jam suda aku mundar-mandir ni tempat, tapi dunia yang aku stuck ni tiada makhluk lain, tiada bangunan, tiada kampung-kampung, dan bulan seja la yang mengasi kawan aku.

Aku tida tau la di mana aku ni sebenarnya, tapi yang pasti... mesti sepatutnya si Idiey yang masuk dalam kotak tu dan terperangkap dalam dunia ni tapi biasa la, aku pula yang kena.

Dunia ni macam jail. Kalau aku lama di sini, buli mati aku gara-gara kesunyian.

"Eh? Bukan bilang tu puisi yang dalam nota tu, oleh sebab satu ciuman, satu akan mati dan satu akan hidup kembali kah tu?" Aku mula berbicara seorang diri.

Aku merenung jauh, sambil menikmati suasana dunia yang gelap ini.

Aku tadi takut ada binatang buas, jadi aku naik pokok yang paling tinggi in case ada beruang kah atau apa-apa yang betapuk disebalik semak samun.

Manatau la kan ada yang suka makan Shadow macam aku. Aku kan spesies yang sedap darahnya.

Pucat terus muka ku.

Harap-harap tiada la vampire rabid yang di kasi lepas di sini.

kamu tau juga kan tu kalau vampire rabid ni yang makan apa-apa ja. Peduli la kau ikan kah, tikus kah, manusia kah, makhluk halus kah, di makan juga kamu tu. Buragas kan.

"cas cas cas..." bunyi rumput-rumput kena pinjak.

Ai? Baru ja aku round tadi seluruh kawasan, tiada pun makhluk lain. Kenapa pula sekarang ada yang muncul???

"Cas cas cas..." bunyi tu semakin mendekat.

Aku pun tunggu la benda tu keluar.

Tapi tiada juga.

Berhenti suda tu benda.

Aku telan air liur. Aku hilangkan diri, menjadi bayang-bayang sahaja nanti kalau aku dinampak habis lah aku.

Aku pun mendiamkan diri sambil mendengar dengan teliti.

Tapi tiada suda tu bunyi.

15 minit berlalu tanpa bunyi.

Aku nampakkan diri ku semula. "Huh...suda kali dia lari," aku berbisik sambil melimpangkan diri diatas dahan pokok yang aku stay dari tadi.

denyutan jantungku pun kembali normal. Akhirnya aku rasa selamat.

"aduh penat juga oh round-round saturang tadi," aku mengeluh, sakit suda bah belakang ku, nda suda ku tahan.

Aku tutup mataku.

Aku rehat dulu lah.

Besok baru aku cari jalan keluar.

Tapi kan, nda sempat bah aku tetidur sebab hilang terus darah dari muka ku selepas aku dengar ada suara perempuan yang sangatlah menyeramkan becakap di telinga ku.

Semua buluh roma ku naik sebab bilangnya...

"Waa...ada kawan baru la,"

".....handsome lagi tu,"

Lalu dia mengilai.

Gulp.

Magicka SMK Sandakan (Sabahan)Where stories live. Discover now