17: Informasi

455 36 4
                                    

Jul's POV

"Apalah reaksi si Rafen kalau dia nampak?" Katanya sambil merenung kakaknya.

Siapa si Rafen?

Tepat pada masanya, ada lelaki masuk dalam dapur tanpa disedari.

"Nea? Siapa lelaki ni?" Suaranya garau segarau garau suara si Fajar, cousinku yang tanpa sengaja menjadi werewolf.

Lelaki tu kalau di cakap handsome, memang lah handsome. Ada iras macam si Hadi yang Troll dalam kelas elite tu.

Tapi ada lain sikit mukanya ni, ada aura dia berkedudukan tinggi. Raja? Takkanlah. Tapi maybe dia ni putera? Sebab auranya tu ketara sangat.

Ada symbol bulan disebelah pipinya. Maybe birthmark dia? Entahlah. Eh buat apa aku study orang ni?! Takkan la aku gay?!

"Nea? Siapa lelaki yang kau bawa ni?" Sekali lagi dia bertanya, matanya fokus merenung aku.

Gulp. Habislah.

Si Nea macam hilang suaranya terus. Takut kali dia sama ni lelaki.

Aku pun berdiri lah.

Aku boleh ni!

Stand up for yourself!

"Aku Jul The Shadow berasal dari Sandakan, dan aku hilang dalam dunia ni entah macam mana melalui satu kotak." Aku menghembus nafasku setelah habis meng'explain basic facts about me.

"Si Nea jumpa aku di hutan tadi. Aku harmless. Aku janji, aku tidak kasi sakit siapa-siapa di sini!" Kataku tapi sedikit overdramatic.

Lama lelaki tu yang bernama Rafen merenungku. Dia bagi aku senyuman.

"Yala," katanya ringkas. "Bah makan la. Aku tau kenapa kau di sini, tapi nanti la kita bincang. "

"Lagipun lapar aku jo. Dari tadi si Mea ni membawa aku melukis. Suda la lukisan ku bida," katanya sambil memlemparkan senyuman kepada si Mea.

Oh....dorang rapat.

Aku mengangguk.

Nampaknya orang ni baik juga...tapi aku belum pasti 100% lah sebab dari reaksi si Nea yang tida dapat bersuara dari tadi, mesti ada something ni yang aku tida tau.

Tapi apa?

*

Setelah selesai makan. Si Rafen mempelawa aku untuk berjalan bersamanya dalam maze.

kalau aku waras kan, sepatutnya aku tolak bah tu. Tapi macam biasa aku ni ego. Tida mau kalah, jadi aku setuju. Memang nda la ni aku nampak matahari terbit besok.

"So," lelaki itu memulakan perbualan.

"Mesti perempuan tu yang bagi kau kotak tu kan?" Katanya membuatkan aku bingung.

Maksud dia si Nech kah tu? Atau orang lain?

"Perempuan?" Aku bertanya, memberi pandangan keliru kepada si Rafen.

"Ya perempuan. Nymph to be exact," katanya lagi. Eh? Nymph? Tapi si Nech bukan nymph kan?

"Yang bagi aku kotak tu schoolmate ku. Tapi dia bukan nymph. Dia shapeshifter. Paling pro jadi lalat."

Dia mengangkat kening kiri nya bagaikan menanya soalan tanpa bersuara.

Macam dia mau cakap "yakah?" Tapi dia buat expresi muka ja.

Aku mengangguk.

"Ada kah kawanmu witch?" Soalannya tu mengejutkan aku sikit.

"Aku tiada kawan witch. Tapi ada juga bebrapa witch yang aku kenal, kenapa?"

"Sebab...." dia scan dulu kawasan maze kalau ada orang sebelum dia menjelaskan segalanya.

Aku pun ikut rentaknya. Aku pun scan la sekelilingku.

Tiada orang.

Aku berpaling semula untuk meghadap si Rafen.

Dia menghembuskan nafas sebelum menyambung semula perbualan kami.

"....sebenarnya, salah satu witch perlu berjumpa dengan aku secepat mungkin. Aku tau kau bukan witch tu sebab kau lelaki. Dalam wahyu, aku sepatutnya disatukan dengan witch untuk menghapuskan kuasa satu kerajaan yang sekian lama ingin mengambil kuasa istana. Kami hantar dua spy iaitu seorang lelaki nymph dan seorang perempan nymph ke dunia kamu untuk menjual kotak teleportation tu kepada salah satu pengawal kerajaan yang jahat tu," dia menghela nafas panjang sebelum menyambung semula.

"Dengan harapan kotak itu dapat diberikan kepada witch tu, tapi nampaknya plan aku tidak berkesan."

Kami berdiam seketika. Aku masi lagi mencerna semua informasi yang aku dapat ni.

Si Nech suruh aku bagi kotak tu kepada si Idiey. Jadi ertinya si Idiey lah witch tu?

"Jap jap jap," aku merenungnya tajam. Muka nya penuh dengan expresi sedih, kecewa, marah dan ego tercalar.

"Mana suda dua nymph tu?" Aku bertanya, curious.

"Nampaknya, satu suda mati." Katanya, perasaan sedih dapat aku lihat dari matanya.

"Yang satu?"

Ada keraguan terchop dalam mukanya.

Tapi akhirnya dia bagi juga aku jawapannya. Tapi jawapannya tu membuatkan aku telan air liurku balik-balik.

"Dia mengkhianati kawannya dan kerajaanku. Membunuh ketua ahli kerajaan jahat tu dan sekarang dia ingin mengambil ahli dunia. tapi--" dia pause sekejap.

"Kuasanya akan kuat kalau dia dapat mengawini aku."

Dan di situ. Matanya menjadi gelap sangat. Perasaan takut ketara di mukanya.

"Tapi nasib baik dia tidak tahu pasal apa sebenarnya fungsi kotak tu. Dia fikir kotak tu akan membunuh orang tapi sebenarnya, kotak tu bahan teleport ke dunia ini."

"Siapa juga 'Dia' yang kau maksudkan ni Rafen?"

"Orang panggil nymph pengkhianat itu sebagai Mimpit Darklose yang bermaksud pengkhianat dunia nymph."

"Tapi nama sebenarnya Mimot atau Syamimot,"

Akhirnya! Penjahat ni kali suda diketahui! Hahaahhahhahaa. Siapa kenal si Mimpit ni personally? Cakap Hi bah sama dia. Hhahahaa♡

Magicka SMK Sandakan (Sabahan)Where stories live. Discover now