Jul's POV
"Besarnya rumah kau ni!" Aku tida dapat tahan perasaan terujaku. Gila besar betul, lawa lagi tu....macam istana!
"Haha. Boleh la dikatakan," katanya sambil menarik aku ke tangga, menuju ke pintu rumahnya. Tida juga rugi kami bejalan dari tadi, ada 2 jam juga la aku merungut tapi aku tida kisah la kalau akhirnya tempat yang kami pigi ni lawa gila beb.
Pandai gila perempuan ni, bukan aku sedar di mana kawasan kami jalan tadi. Mana aku tau kawasan ni, macam dia teleport ja kami pegi kawasan ni tapi macam tida juga. Aku pun binggung.
Si Nymph or nama sebenarnya Nea pun membuka pintu rumahnya. Kami sempat juga becerita tadi time dalam perjalanan. Tida juga lah awkward becerita sama dia ni, sebab dia full of life! Banyak ceritanya, macam happy betul dia ada kawan becerita.
Apa lagi kalau kawannya ni handsome macam Zayn Malik yang lelaki manusia kumpulan 1Direction tu cehwah.Kami pun masuk dalam rumah ala-ala istana ni. Alang-alang la bah aku panggil ni rumah istana kalau begini.
Banyak gambar modren yang dikasi gantung di dinding. Tapi istana ni nampaknya suda tua, antik tapi lawa in the same time.
"Okay," suara si Nea membawa aku pulang ke dunia reality. Aku pun menghadap ke arahnya, menunggu apa yang dia mau cakap.
Dia merenungku seketika.
"Di sini," katanya sambil menunjuk satu bilik di bahagian kirinya. "Bilik tamu, tapi sementara ni, kau la yang tinggal sini." Katanya masi fokus meningu mukaku. Aduh malu pula.
"Bah yala. " ringkas jawapanku.
"Bah pigi lah. Ada tu berus gigi di sana," katanya lagi sambil melemparkan senyuman sinisnya kepadaku.
"Yala bah. Aku tau la mulutku bau bah,"
Mata ke atas, tangan ke bahu.
"Hahaha gila," itu ja dia cakap, terus dia jalan naik tangga meninggalkan aku.
"Hahaha gila," aku kasi kiut kiut suaraku.
"Aku kah yang gila atau dia?" Teringat balik aku tu time dia kasi main-main aku di hutan tadi. Punya lah, karma sayang betul kali dengan aku ni.
"Prankster betul," dengan itu, aku pun menuju ke bilik sementaraku.
***
Beberapa jam kemudian, perut ku menyanyi dangdut.
Entah macam mana dorang boleh tau yang aku lapar, tapi beberapa minit kemudian ada budak perempuan mengetuk dipintu mengatakan bahawa masa untuk makan suda tiba.
Aku pun ikut la perempuan tu. Lama aku perhatikan mukanya, ada mirip macam si Nea.
Tanpa segan silu, macam biasa la kan kalau kembar si Zayn Malik ni, aku pun tanya la budak kecil tu.
"Hmm.. kau ni adi si Nea kah adik manis comel?" Kata ku, mau muntah pula aku tau. Punya la bida cara aku menanya ni.
Budak tu mengangkat mukanya untuk melihat muka ku dengan lebih jelas lalu dia mengangguk.
"Ohh. Okay." Ringkas jawapanku.
Awkward silence.
Kami bejalan tanpa sebarang cerita. Setelah sampai ke sebuah bilik, adi si Nea pun berhenti.
"Kau masuk ja dalam bilik ni. Aku mau pegi bilik dulu," katanya.
"Eh, jap,"
Langakhnya teberhenti. Mata merenungku.
"Muka kau dengan kakak kau sama by the way. Cantik,"
Ada senyuman terukir di bibirnya.
Tapi dia menoleh semula lalu mulakan langkahnya semula.
Entah kenapa aku cakap begitu tadi. Tida pernah dalam hidupku aku cakap perempuan ni cantik. Jarang aku puji perempuan ni, aku pun tida tau kenapa tapi memang ada secebis hatiku yang aku benci dengan spesis perempuan.
Tapi entah kenapa aku puji dia...
Dan kakaknya tu.
Aku menelan air liur. Nervous.
Ada something wrong dalam diriku ni. Aku rasa macam aku bukan aku sudah. Ada yang berubah. Tapi kenapa? Apa yang buat aku lain dari diriku yang dulu?
Banyak soalan timbul dalam kepalaku tapi ndada jawapannya.
Tiba-tiba aku kembali ke dunia reality apabila mendengar satu suara yang sangatlah ceria memanggil namaku.
"Jul!" Tone suaranya sedikit pelik. Terlalu tinggi dan bersalutkan perasaan gembira. Tanpa menoleh pun aku tau siapa tu.
"Julianaaaaa Evanssss!" Katanya bagaikan menyanyi. Suka betul dia kasi ubah namaku jadi perempuan. Aku pun akhirnya menoleh ke arahnya.
"Hiii Neaaa meow meow meow!" Aku pun ikut rentaknya.
Si Nea senyum sambil menari waltz ke arahku. Aduh comelnya perempuan ni. Tida dapat aku tahan senyumanku.
"Jom makan!" Katanya lalu menyambut tanganku dan menarik aku ke meja makan sambil menari.
Suda la aku tida pandai waltz ni. Tapi aku trep tau ja. Hehe sabar la kalau tepijak kaki.
Si Nea akhirnya lepaskan tanganku lalu duduk disebelahku.
"Mea! Turun la kau makan!"
"Ya! Ya!" Suara tu semakin lama semakin dekat.
Akhirnya si budak perempuan yang tadi bawa aku pegi sini dapur munculkan diri.
Oh Mea pula namanya? Hmm... baru aku tau.
Dia pun duduk di depan kami."Bah. Mari makan," bilang si Mea. Matanya meliar ke arah kami berdua.
"Kamu tau juga kan kamu tida boleh duduk bedekat begitu?" Katanya.
Suasana menjadi tegang. Aku pun tida tau mau buat apa.
"Apalah reaksi si Rafen kalau dia nampak?" Katanya sambil merenung kakaknya.
Siapa si Rafen?
*
Dun dun dun!
YOU ARE READING
Magicka SMK Sandakan (Sabahan)
FantasíaWARNING: Ini cerita Sabahan. So don't complain if my BM isn't that good. No one gives a damn ;) "Apa juga kau buat sama si Idiey?" tanya si Nech, shapeshifter yang paling pro. "Aku curi branya," Jawab si Jul iaitu Shadow merupakan prankster terk...