41: Pengakhiran

318 25 3
                                    

Idiey's POV



"Selamat tinggal, Idiey."

Aku merasa seperti ada orang berbisik dalam kepalaku. Atau ada something wrong dengan kepala ku ni?

"Sorry pasal bra mu tu, sorry sebab aku khianati kau dulu, Sorry lah untuk segalanya"

Jap jap. Jul kah ni?

"Kau dengar kah aku ni?"

Macam mana dia dapat masuk dalam kepalaku ni?

"Woi bangunlah!"

Lantas mataku terbeliak. Baru aku sedar ni, si Ashfri rupanya ada disebelahku dan dia masih terlelap. Tapi suara tadi bukan suara si Ashfri, sebab aku kenal sangat suara annoying tu. Itu pasti suara si Jul. Aku yakin.

Tapi dia dimana?

"IDIEY!" Suara si Kina jauh kedengaran. Aku berpaling ke arah suara tersebut. Si Kina dan schoolmates aku yang lain yang telah bersatu hati untuk menolong kami pun ada bersama dia. Aku terpaku seketika. Aku tengo muka dorang satu per satu tapi tiada muka si Jul. Bikin heran ni, sebab semua dorang senyum. Takkan peperangan sudah berakhir?

Si Kina macam tau ja apa dalam fikiran aku, dia pun berlari ke arah aku dan mulai memeriksa kalau ada injury yang teruk sangat. Tapi semua luka yang ada dibadan aku sudah sembuh. Begitu juga dengan si Ashfri.

"Aku bersyukur dengan kau Idiey," dengan secara tiba-tiba si Kina cakap begitu dengan aku. Aku kerutkan dahi. Apa maksud dia? Schoolmates ku yang lain pun mulai mengelilingi kami.

"Akhirnya peperangan sudah berakhir! Semua sebab kau dan si Ashfri, Raja kita." Aku terlopong. Sepantas kilat aku bangunkan si Ashfri.

"Wuiii bangun!" Aku memukul tangan si Ashfri sampai dia bergeliat dan akhirnya membuka matanya dengan muka bingungnya tu. (comel juga lah tapi nanti-nanti lah aku fangirling saturang hohoho)

"Kenapa kamu semua disini?" Si Ashfri lontarkan soalan kepada mereka. "Mana adik aku?"

"Si Rafen kah kau maksud ni?" Si Ratna menyahut. "Kalau si Rafen, dia sudah kami bawah pulang bersama-sama dengan kawan-kawan kami yang cedera parah," Katanya selamba.

Si Ashfri pun menghembus nafas panjang.

"Baguslah kalau begitu,"

"Idiey," Si Kina mengambil semula perhatian aku. "Rupanya wahyu yang selama ni kita tunggu-tunggu tu kan, sebenarnya spell kuno yang melemahkan hati dan fizikal orang-orang yang jahat."

"Kau tau kah spell tu sudah lama terkubur dengan buku-buku kuno witches dan wizard? Tapi macam mana kau dapat lafazkan spell tu?" Aku dapat nampak muka si Kina penuh dengan tanda tanya.

Tapi kan, aku pun sebenarnya tidak tau.

Sebelum aku dapat menjawap pertanyaannya. Si Ashfri memotong jalanku.

"Sebenarnya aku yang lafaz spell tu," Katanya dengan jujur. "Tapi sekarang ni, aku tertanya... macam mana spell itu berkesan? Sebab spell ini perlukan pengorbanan darah. Siapa yang tau tentang spell ini selain aku dan si Idiey?"

Aku terdiam.

Pengorbanan?

Darah?

"Patutlah," Si Ratna sekali lagi menyampuk. Si Kina pun menganguk. "Aku pun faham sudah" katanya sayu.

"Aku respek lah dengan budak tu," Kata seorang daripada sekumpulan schoolmate ku.
"Aku pun tidak sangka," Kata lagi seorang daripada mereka.

"Nakal tapi berakal juga pula dia tu,"
"Respek lah bro"

"Mahal pengorbanannya tu,"

"Kerana dia lah juga, semua mereka yang cedera parah sembuh semula."

"Adik aku pun hilang lukanya tadi"

"Respek sangat dengan dia"

"Siapa juga yang kamu maksudkan ni?" Mata aku mulai berair. Aku dapat rasa hati aku mengecut. Sebab aku tau siapa yang korbankan dirinya tu. Tapi aku tidak mau percaya. Setitis air mata jatuh ke pipi kiriku.

Tiada orang mau menyebut namanya.


"Sorry Idiey. Semua kami pun rasa kehilangan juga ni," Si Kina memeluk aku. "Walaupun prankster disekolah tapi aku pun respek dengan dia," Si Kina berbisik. "Sorry Idiey"


Aku menutup mataku, menahan sebak dihati. Baru ja aku mau steadykan balik emosiku. Tiba-tiba pula aku dengar suara si Jul.


Jangan nangis Idiey, tidak comel.  Selamat tinggal. 


Dan disitu lah airmata aku jatuh berabis. 



Walaupun peperangan sudah tamat, tetapi dalam setiap jiwa yang tahu tentang pengorbanan si Jul, dipenuhi dengan dukacita. Sebab pengorbanan ikhlas seorang kawan untuk kawan-kawannya yang lain, itu lah bro namanya kawan sejati.




TAMAT.


Magicka SMK Sandakan (Sabahan)Where stories live. Discover now