PROLOG

596 15 0
                                    



NUR SYAKHAIRA membelek kertas bersaiz A4 yang agak kusam tersimpan dalam diari lamanya, terpampang di bahagian atas 'KONTRAK CINTA' yang ditulis dengan huruf besar. Inilah surat perjanjian atau kontrak cintanya dengan IQRAM MUHAIMIN. Lelaki yang bersenyuman semanis jalebi, setegas Hitler dan senakal kera kelaparan.

Khaira mengukir senyuman sambil mengelengkan sedikit kepalanya, macammanalah aku boleh terjebak dalam perjanjian ni. Khaira bermonolog sendirian. Gila... apa-apa yang berkaitan lelaki tu memang gila.

Isi kandungan perjanjian yang berusia lebih lapan tahun itu diamatinya. Tarikh tertera adalah esok, pukul tujuh malam. Tempatnya, sudah tentu di hadapan pagar sekolah.

Tempat yang banyak kenangan. Tempat yang sering membuatnya bercekak pinggang, bertegang urat leher dengan Iqram dan kawan-kawannya memang suka cari pasal itu. Entah mengapa masa tu Iqram suka sangat sakitkan hatinya.

Makin lebar senyuman Khaira bila teringat perangai Iqram yang sengaja buat bodoh tersengeh macam kerang busuk lepas ditangkap buat salah. Nasib baik senyuman dia manis kalau tidak sudah lama buat cicah kicap, gula, cili padi. Aduh! Rindunya pada lelaki tu.

Tiba-tiba senyuman Khaira hilang. Kertas kusam itu direnungnya sayu. Masih sudikah dia memberiku senyumannya itu lagi? Khaira menghela nafas panjang.

"Hey Khaira... berangan lagi kau. Sekarang dah sampai ke mana? Paris? New York? Korea?" sergah Najwa.

"Assalammualaikum," ujar Khaira sambil menjeling tajam pada kawannya yang memang dari dulu tak pandai bagi salam. Khaira menghulur kertas di tangannya.

Najwa melabuhkan punggungnya di sebelah Khaira. Kertas itu disambut lalu dibaca.

"Inilah dia." Memang Khaira ada cerita pasal 'KONTRAK CINTA' itu padanya tapi Khaira tidak pernah menunjukkan surat itu.

Khaira mengangguk. Wajah Najwa direnungnya lama.

"Kau rasa..." kata Khaira terhenti. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya mula berkaca. Rindunya tak terbendung lagi.

Najwa menoleh pada rakannya itu. Sabar menanti Khaira mengumpul kekuatan.

"Kau rasa, dia datang tak?"

Najwa terdiam. Dia tidak berani berkata-kata. Air liur ditelan kelat.

"Eer... entahlah. Aku doakan yang terbaik untuk korang. Aku nak naik dulu, nak jumpa abang Johan. Pasal reunion tu. Kau datangkan..." Najwa bangun, kertas di tangannya dihulur kembali pada tuannya. Bahu Khaira ditepuk perlahan.

Tiada jawapan dari Khaira. Hanya ekor matanya sahaja yang mengiringi pemergian Najwa. Dia kembali merenung 'KONTRAK CINTA' nya. Cap jarinya yang bertindan dengan cap jari Iqram yang membentuk bentuk hati dibeleknya.

Adakah aku masih di hati kau Iqram... Khaira masih tidak pasti akan kesudahan kisah cinta mereka.

Khaira meraup mukanya yang comel. Matanya sudah bertakung dengan air, dibiarkannya menitis. Rindunya pada Iqram makin menebal. Kertas kontrak cintanya dengan Iqram diciumnya. Satu demi satu kenangan suka dan duka bermain di kepalanya hingga ke saat itu.

Lajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata...


KONTRAK CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang