BAB 1

137 3 1
                                    

"Mama!! Dina dah dapat kerja." panggil gadis yang berusia lingkungan 25 tahun sedang menuruni tangga.

'Mana pulak mama ni? Ni mesti kat dapur. Bau sedap je ni.'

Seorang gadis yang baru sahaja beberapa bulan menamatkan pengajiannya di sebuah institusi perguruan di Terengganu memanggil mamanya dan ada sesuatu di tangannya.

"Mama!!" dia masih menjerit memanggil mamanya walaupun dia tahu terjadinya bebelan mamanya, Datin Hana.

Haa... cuba dengar. "Apa ni Dina, jerit-jerit. Kamu anak dara tak boleh keluar suara kuat-kuat. Suara tu aurat. Terdengar dek jiran-jiran apa kata mereka nanti. Malu mama tau." Kerja Datin Hana terhenti seketika kerana panggilan anaknya.

"Sorry mama. Mama, ni Dina ada benda nak bagi ni. Nah!" sampul berwarna putih ditangan Medina diserahkan kepada Datin Hana.

"Alhamdulilah. Nanti mama sunyilah. Tiap-tiap hari mama sunyi tau. Nasib baiklah cake ni jadi boyfriend mama peneman untuk mama."

"Ala mama, janganlah macam tu mama, Dina rasa sedih pulak. Dina akan balik setiap cuti minggu, boleh ma?" Medina memeluk bahu Datin Hana dari belakang.

"Yeah tu. Nanti mama kamu lupakan kalau dah syok sang dapat cita-cita kamu. Waktu study pun kamu sekali sekala je telefon mama." Datin Hana cuit hidung mancung Medina yang mengikut jejak genetik arwah suaminya, Dato' Iskandar.

"Noru takkan lupalah, Insha Allah. Mama nak pergi kedai ke? Dina nak ikut boleh? Bosanlah duduk rumah sorang-sorang." Medina mengambil macaron yang diasingkan oleh Datin Hana.

"Haah. Marilah nak ikut. Mama nak pergi selepas siapkan macaron ni."

"Okey, Dina nak salin baju kejap."

"Cep...pat sikit." Datin Hana tidak sempat menyudahkan ayatnya. Medina dah berlari naik ke biliknya. Mengeleng Datin Hana dengan telatah anaknya.

***
Sebuah kereta Honda Accord berwarna silver diletakkan di ruang kosong tempat kereta. Seterusnya dia dan anaknya melangkah menuju ke kedai bernama Bakery Hana yang terletak di Malay Town bersebelahan dengan East Cost Mall.

"Wah! Ramainya orang kat kedai mama ni. Dina memang respectlah kat mama." Medina memeluk kedua-dua belah bahu Datin Hana lalu mengiringi melangkah masuk kedai.

Uniknya Kedai Bakeri ni adalah setiap perhiasan di dalam hanya bahan kitar semula seperti pasu, bakul diperbuag daripada suratkhabar lama. Perabot duduk untuk pelanggan menjamu selera daripada kayu jati.

Ruangan makan dan ruangan membaca diasingkan bagi tiada sisa sisa makanan yang melekat di buku. Pelanggan boleh membaca sambil menunggu makanan disiapkan. Setelah makanan sampai, pelanggan boleh meletakkan buku yang dibaca ke dalam bakul yang diperbuat daripada suratkhabar.

"Kalau...kamu dah pilih kerjaya sebagai guru, tiada siapa nak halang. Kamu boleh jadi pemilik kedai ni kalau mama tak larat nak jaga. Tapi itulah, susah. Kamu dengan abang kamu dah pilih kerjaya masing-masing, dah tak boleh nak halang. Mama pun tak nak sekat perkara yang kamu nak." Panjang lebar Datin Hana memberi syarahan kepada anaknya.

"I'm sorry, ma. Mama, Dina nak tolong diorang boleh tak?"

"Pergilah, Dina. Tapi ingat, jangan nak cari pasal pulak. Jangan jadi macam tahun lepas pulak."

"Yelah Ma. Dina pergi dulu." terus Medina berlalu menuju ke arah dapur di bahagian belakang

Manakala Datin Hana pula melangkah menuju ke kaunter.

***
"Wow, rajinnya pekerja mama ni." sedang Medina berkhayal dengan bisnes ini, tiba-tiba seseorang memanggil namanya. Saat terpandang wajah tersebut.

'Hmm...dia lagi. Tak ada orang lain ke nak jumpa aku?'

"Cik Dina buat apa kat sini? Kan Datin marah Cik Dina masuk dapur."

"Saya nak tengok aje. Salah ke?" kerling Medina melalui ekor mata memandang pembantu Datin Hana.

"Tak salah. Cuma nanti Datin marah kat..." jawab si dia yang memandang wajah Medina.

'Cantik betul dia. Kadang kadang mood dia ni macam sesumpah. kejap tunjuk muka serius kejap tunjuk muka ceria dia. Pelik betul. Tapi apapun, Cik Dina ni baik orangnya macam Datin Hana.' puji si dia di dalam hati.

"Hisy, Datin tak marahlah. Saya dah minta izin pun. Tak perlu risaulah."

"Bukan apa saya... bla bla bla..."

'Banyak cakap pulak dia ni. Nak menyampukkan rasanya kurang ajar. Tak sampuk banyak pulak cakap.'

"Kak Syikah, boleh saya bantu apa-apa? Saya tengok ramai pelanggan ni." sampuk Medina sambil memandang sekeliling dapur ni.

"Err... kejap ye Cik Dina." Kak Syikah berlalu meninggalkan Noru sebentar kerana pelanggan ingin berjumpa dengan dia.

Kak Syikah atau nama sebenar Fatin Nur Asyikah. Umur dia 6 tahun lebih tua daripada Medina. Dia dah lama berkhidmat di kedai ni.

Setelah beberapa minit, Medina ditinggalkan di tengah-tengah dapur ni. Asyik orang langgar dia aje. Tak langgar memang tak sah.

"Cik Dina, maafkan saya. Ni air kopi dan ni cheesekut. Cik Dina boleh hantar ke meja nombor lapan sana." beritahu Kak Syikah secara tiba-tiba menyebabkan Medina yang sedang membasuh pinggan terhenti seketika.

"Eh? Oooo, terima kasih. Ada apa-apa lagi nanti beritahu saya ye. Saya nak tolong." jawab Medina sebelum dia berlalu ke meja yang disebutkan oleh Kak Syikah tadi.


********

********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

OKEY. First of all, thanks to you because read my story. Actually, i need to EDIT this story. EDIT every picture and name of character. Only woman's character. I'm sorry if any mistakes from my story. SMILE :)

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now