BAB 6

35 1 0
                                    

Hilang segala teringat percakapannya tadi dengan kawannya apabila perempuan tadi mengonyangkan tangannya di depan mukannya. 'Aduhai, malunya aku! Buat relax jelah bukan dia tahu pun!'

"Encik ni siapa? Tiba-tiba je datang. Encik nak ambil kesempatan terhadap saya ya? Saya beritahu mama sayakan? Mama saya tu garang." Medina pandang lelaki itu macam tak puas hati.

'Mama garang ke? Mana mama garang pun selama ni. Tak apa biar dia rasa takut. Aku tak kenal diapun tiba-tiba aje tegur orang tak tentu pasal.'

"Saya minta maaf. Saya Taufiq, cik pulak?"

"Saya bukan cik tapi puan. Encik ni datang dari mana?"

"Puan? yelah tu. Nampak macam belum kahwin aje. Tipu kan, tak baik tipu ni."

'Puan? Biar betul? Aku tak percaya langsung apa dia cakap dia dah kahwin.' desis hati Taufiq sambil mengerling si dia.

"Laa...betullah saya dah kahwin. Kenapa pulak nak tipu. Perkara baik ni. "

'Minta-mintalah, dia percaya apa yang aku cakap ni.'

"Kalau dah kahwin mana suami anak?" 'Aku nak tanya banyak-banyak biar dia tersekat. Rasakan. Dia buat jantung aku berdegup dengan kencang sekali.'

"Oh! Anak tak ada lagi tapi suami tak teman sebab dia ada kursus nak naik pangkat jadi pensyarah."

'Kau ni Dina tak baik tipulah. Padahal mana ada pun semua tu. Agak-agak dia percaya tak? Pensyarah? Itu kan Abang Firdaus? Hisy, Abang Firdaus jadi suami aku? Sungguh bertuah hidup aku.' sengih Medina secara tiba-tiba.

"Wau! Bertuahlah ni? I see ..." tak sempat Taufiq menghabiskan ayatnya Medina dah menyampuk.

"I see what?" marah Medina.

"I see you look preety." ketawa Taufiq setelah menghabiskan ayat itu. Medina melihat Taufiq terasa macam nak sepak sampai masuk gol rasanya. Kaki nak gerak dah ni. Nanti tak pasal-pasal masuk mahkamah sepak anak teruna orang.

"Encik ni dah kenapa? Saya tak kenal encik pun? Asal usul encik pun saya tak kenal?"

"Eh! Tadi saya beritahu nama kan? Tak kan dah lupa? Tua dah ni! Saya nak tahu nama awak aje dan nombor telefon kalau boleh." tanpa ada rasa malu Taufiq meminta senarai yang dia nak.

"Amboi sedap je mengata orang. Dia tu tak sedar. Encik ni tak tahu malu kan? minta nombor telefonlah padahal ada isteri kat rumah tu, saya pergi dulu. Assalamualaikum." Medina bangun dan ingin berlalu pergi tetapi dia dihalang kerana pergelangan tangan Medina dipegang oleh Taufiq.

"Saya cuma nak tahu nama awak aje. Tak salahkan? Bukan nak buat apa-apa pun. Jika awak bagi beritahu nama awak baru saya lepaskan tangan awak."

"Baiklah. Nama saya Siti Humaira. Saya pergi dulu dan tolong lepaskan tangan ni."

"Sedap nama tu didengari. Ni baru nama anak tak dengar nama mak lagi. Boleh saya..." tak sempat Taufiq nak minta sesuatu lagi Medina sudah menjerit.

"Nak apa lagi ni! Saya nak baliklah! Eee... geramnya aku!" Dia terus pergi membawa hati yang sakit. Taufiq pun ketawa dengan gembiranya.

***
Semasa dalam perjalanan, Medina menyumpah seranah segala mak bagai sampai satu pun tak terlepas dari mak bagai tu. 'Apahal mamat tu, tak dek kerja ke nak melayan perempuan sejati ni. Eee!! Sakit hati aku dengan dia nilah.'

***

"Ha! Macam mana kau usha awek tu? Dah kahwin or still single?" pertanyaan dari Kamal itu menyebabkan Taufiq ketawa dengan terbahak-bahak .

"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba je ketawa bagai ni? Wei...nama dia ape?"

"Aku pun tak tahu dia tu kahwin tak lagi, aku tak percaya yang dia kata dah kahwin. Aku nampak muda lagi budak tu." Taufiq melepaskan lelah sebelum menyambung semula. "Nama dia...Siti Humaira." Taufiq memandang wajah muka kawan-kawannya yang setia bersama dengan dia. Dia jugak selalu pergi ke kelab malam, kacau perempuan-perempuan tapi tak adalah sampai bawa ke bilik. Bawa ke bilik? Tak ke haru biru lautnya kehidupan dia tu kena ber'karoke' dengan Puan Aisha.

"Nama pun best. Muka pun cantik. Pakej dia lengkap." Daud mengusap dagunya memikirkan sesuatu untuk menguji kawannya,Taufiq.

"Wei, kau tu kena fikir isteri kau kat rumah, jangan cari pasal dengan aku ye, Daud."

"Ala kau ni Taufiq, tu pun nak marah. Dia bukan isteri kau pun. Kau ni caring betul pasal dia tu. Pasal kitaorang kau tak nak caring bagai pun kan kawan-kawan sekalian." Daud dah mula muka merajuknya.

"Wei, aku balik dululah. Aku tengah lapar ni. Kan aku makan kau orang kan? Nak? Tak nak kan? Aku balik dululah." Taufiq berjabat tangan kawan-kawannya setelah memberi salam.

*Hero dah jumpa heroin kita! Best tak? hmm.. jujur saya cakap memang perah otak nak karang ayat. MAAF jika ada silap penulisan saya. hehehe :)

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now