BAB 4

58 2 0
                                    

"La... special sangatkan tempat ni Abang Fir. Special sesangatlah. Terima kasih." perli Medina setelah melihat tempat yang mereka tuju.

Teluk Chempedak. Sebuah tempat yang paling femes di daerah Kuantan. Setiap hari akan ada pelancong yang datang. Tiada unik sangat tempat ni. Cuma keindahan yang menghadap pantai. Lebih rasa seronok, datang waktu malam. Macam-macam aktiviti ada. Melihat kanak-kanak bermain rumah pelampung, kereta dan pemain busker.

" Dia perli kitalah tu. Abang Fir ajak datang sini sebab abang dah lama tak datang kat sini. Ada kenangan abang bersama dengan Dina." kata Firdaus setelah melangkah keluar dari kereta Hr-v hitam miliknya.

"Ouh! Dina pun dah lama tak datang jugak. Kita nak buat kat sini?" tanya Medina setelah dia turun dari kereta.

"Jom. Kita jalan-jalan dulu pastu kita turun kat pantai bawah sana."

"Kita tak buat maksiatkan?"

"Heh? taklah. Kita pergi kat bawah tu sebab kat situ ada aktiviti."

"Ouh! Aktiviti apa pulak malam-malam ni?"

"Aktiviti orang muda-mudalah. Diorang buat monkey jump. Ha! macam tu. Abang Fir pun tak tahulah. Kan Abang Fir dah lama tak datang sini." beritahu Firdaus sambil mengerling Medina yang sedang rancak melihat aksi-aksi orang muda itu.

"Diorang tak penat ke? Diorang tak de kerja ke nak buat?" tanya Medina dengan perasaan pelik.

"Itu aktiviti sampingan, sayang oi. Mari kita pergi ke sana. Kat hujung sana ada busker band. Tapi tak tahulah ada ke tak." ngamit Firdaus melangkah ke arah deretan kedai yang menjual pelbagai barang kraf.

Ada penjual yang menjual cawan yang diukir. Ada juga, menjual rantai-rantai, cincin yang boleh diukir. Dan ada juga menjual makanan minuman dan pelbagai jualan yang dijual untuk meraih pendapatan.

"Itu ada Abang Fir!" suara teruja Medina setelah melihat sebuah band yang sedang menyanyikan sebuah lagu. Tak tahu lagu apa dan siapa penyanyinya kerana perjalanan untuk mereka sampai masih jauh.

" Ye, sayang. Nak beli apa-apa tak ni?"

"Nak buah boleh?"

"Boleh je untuk adik manis ni."

Setelah beberapa minit Firdaus membeli buah sambil memandang busker band itu.

Busker Band ni tidak orang yang sama. Mungkin esok orang lain pula. Ni ikut shif katanya.

"Seronok?"

"Seronoklah! Abang Fir."

"Kejap ye, Dina."

"Ab..."

Medina memandang Firdaus yang sedang berbual sesuatu dengan vokalis busker band itu.

"Abang bual apa dengan dia?" tanya Medina setelah Firdaus duduk di tempat sebelahnya tadi.

Firdaus hanya memberi senyuman dan mengangkat kedua-dua bahunya tanda tak tahu.

"cakaplah bet..." tak sempat Medina nak teruskan percakapannya tiba-tiba namanya sedang disebut oleh vokalis band itu.

"Baiklah, ada seorang pemuda yang ingin saya putarkan lagu ni untuk special love, Medina. Lagu ini ditujukan khas untuk si dia. Dengarlah, Cinta Sukar Ditafsirkan."

Hampir kesemua disitu bertepuk tangan dan ada juga bersiul dengan khabaran yang diucapkan oleh vokalis itu.

Medina memandang Firdaus dengan muka yang pelik dan rasa terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Firdaus ni.

Ku masih ingat saat-saat yang indah

Ku masih rasai kau ada disisi

Walaupun kau sudah tiada

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now