Hatiku... Alirkan Cinta Dia

41 2 0
                                    


BAB 17

Taufiq membuka pintu dan mencari kelibat Noru. Atas katil tak ada, tiba-tiba Taufiq terpandang susuk tubuh yang sedang melihat langit yang berubah menjadi gelap sambil memeluk tubuh.

Taufiq memandang Noru dari belakang dan tanpa dia sedari Noru melangkah menuju ke arahnya. Noru memanggil Taufiq tetapi Taufiq sedar dan Noru cuba mengoyangkan bahu Taufiq. Taufiq tergamam melihat Noru berada di hadapannya.

"Eh, sayang! Bila sayang masuk? Tak sedar pun" Taufiq menggaru kepalanya yang tidak gatal dan menuju ke arah sofa berhadapan dengan katil.

"Macam mana nak sedar, termenung. Noru mengoyangkan bahu abang baru abang nak sedar."

Noru menuju ke arah almari ingin mengeluarkan pakaiannya. Dia melipat lalu masukkan ke dalam begnya. Setelah dia mengemaskan pakaiannya, dia mengeluarkan pakaian Taufiq pula.

"Emm... abang nak letak dalam beg abang sendiri ke atau nak letak dalam beg saya? Beg saya ada kosong lagi ni." apabila Noru melihat mata Taufiq yang tertutup itu dia menyambung semula kerjanya.

Mata Taufiq yang tertutup itu sebenarnya bukanlah letih tetapi sakit. Ya. Sakit, sebab Noru tak pernah nak faham perasaanya.

'Apa lagi yang aku kena buat supaya dia faham perasaan aku ni. Aku perlu paksa dia? Tak mungkin! Aku cinta dan sayangkan dia! Apa aku perlu buat!'

tiba-tiba...

"Arghhh!"

Noru yang sedang mengemas segala barang terkejut melihat perilaku Taufiq yang sedang menuju ke arah bilik air. Ini kali pertama Noru melihat keadaan Taufiq macam tu.

'Eh! Memang kali pertama pun, dah baru dua hari aku kahwin dengan dia. Apalah aku ni.' Noru menyambung semula kerjanya tanpa memikirkan kejadian tadi.

'Tapi, kenapa dia jadi macam tu ya?'

***

Kelihatan seorang anak dara menghempaskan badannya ke atas katil. 'Adeh! Sakit segala bagai mak nenek keturunan kat badan aku ni!' Noru yang sedang bermalas-malasan di atas katil, mendengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah.

'Aik? Dia pergi mana?'

Taufiq memandang ke arah tingkap bilik isterinya yang gelap itu. 'Emm...dah tidurlah tu.'

Taufiq ke dalam rumah dan berehat sebentar di ruang tamu yang luas itu. Fikiran Taufiq hanya teringat tentang isterinya sahaja yang perlu dia buat untuk isterinya menerima dia.

Hati yang gundah tadi ia bawakan keretanya menuju ke sebuah masjid berdekatan dengan rumah Datin Hana dan tempat di mana dia dan Noru diijab kabulkan sebagai suami isteri. Keadaannya itu boleh orang lain tahu tentang masalahnya.

'Eh! Orang tahu ke masalah aku?'

Ya, ada. Salah satunya seorang ustaz yang lebih kurang pengalaman juga untuk rumahtangga ni. Kata ustaz itu.

"Kamu tahu? Seorang suami nak seorang isteri yang sempurna?" tanya ustaz yang bernama Ustaz Halim itu.

"Tahu, ustaz. Mereka cari yang cantik, comel ada agama dan itu juga yang saya nak."

"Betul tu. Sebenarnya seorang isteri juga inginkan seorang suami yang sempurna. Tetapi mereka tidak sedar yang Allah mencipta mereka untuk melengkapi antara satu sama lain." Ustaz itu memandang Taufiq yang menundukkan wajahnya ke lantai masjid.

"Taufiq tahu bagaimana harapan kita boleh wujud?"

"Tak, ustaz."

"Tak pe. Berusahalah dan mintalah kepada Allah. Baginya, tidak ada yang tidak mungkin. Taufiq pernah dengar cerita suami isteri ni."

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now