BAB 5

44 1 0
                                    

Dingin pagi hari, Medina bangun awal untuk berjoging dahulu sebelum Medina berangkat ke Terengganu esok. Medina sudah meminta izin mamanya itu. Mereka bukanlah bergaduh sebenarnya. Siapa kata gaduh? Tak ada siapa yang cakap pun. Medina berjoging di Taman Gelora. Dia menaiki kereta Perodua Myvi yang baru dibelinya setelah menamatkan pengajiannya.

Medina berlari perlahan-lahan. Inilah dikatakan joging! Ini tak lari macam nak lumba lari je. Sepak kang!

'Uhh biar dialah'

'Nanti dia semput macam mana?'

'Lantak dialah!'

'Oii Dina mana boleh macam tu! Kau ni agak-agaklah nak doa orang macam tu!'

'Aku cakap bukan doa pun!' Senyum Medina mendengar hatinya berbicara dengan entah siapa, Jantung? paru-paru?

Cukup tiga pusingan Medina berehat di bangku berhadapan dengan pantai dan pokok yang besar. Sambil-sambil itu dia melihat sekumpulan berbangsa Cina sedang berwarm-up sebelum memulakan aktiviti yang mereka ingin lakukan. Kenapa mesti berwarm-up dulu? kerana ia tidak akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot.

Jika kita tidak biasa berenang, berjoging atau berbasikal, kita akan cepat letih apabila melakukannya. Jika kita melakukan latihan ini setiap hari, lama-kelamaan kita tidak akan mudah tercungap-cungap. Mengapa terjadi demikian? Keadaan ini berlaku kerana daya tahan kardiovaskular telah berjaya ditingkatkan, jantung berupaya mengepam lebih banyak ke seluruh badan dalam masa sesingkat.

Dalam masa 24 jam jantung berdenyut lebih daripada 100,000 kali, mengepam 7000 liter darah melalui jarak beribu kilometer di dalam saluran darah. Peningkatan keupayaan jantung membolehkan setiap bahagian tubuh mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Oleh itu, kita tidak lagi tercungap-cungap kerana kekurangan oksigen.

'Eh, aku boleh jadi cikgu Pendidikan Jasmani ni daripada kerja cikgu Matematik.' monolog Medina.

Semasa Medina ingin menghilangkan rasa bangga penat dan tentang usul mama malam tadi. Tiba-tiba, datang makhluk Allah atau dipanggil kaum Adam yang datang entah dari mana. Medina rasa berdebar pulak.

'Kenapa ya? Ada orang nak culik aku ke? Eh jangan. Aku nak berbakti kat mama lagi ni.'

"Hello, cik adik? Sorang je ke? Tadi saya tengok awak asyik termenung aje. Ada masalah ke. Alahai jangan pandang macam tu kat saya."

'Cantik betul perempuan ni.Tak sia-sia aku tegur dia ni. Anak sapalah.' Teringat kawannya yang menyuruh dia menegur perempuan ni.

***

"Eh! Taufiq kau tengok sapa tu? Kitaorang berjoging dah second round, kau baru first round kau ni kenapa?" kata kawan Taufiq yang bernama Daud itu sambil memandang di mana Taufiq memandang.

"Laa...ingat tengok apalah tadi, rupanya tengok perempuan cantik bertudung litup tu." sambung Daud lagi setelah apa yang dia lihat.

Senyum Taufiq mendengar kawannya melihat apa yang dia buat. 'Terasa malu pulok.'

"Aku macam jatuh cinta pulak. Apa pendapat kau." Taufiq memandang kawannya yang asyik memandang perempuan tu yang membuat dia gundah gulana.

"Wei bro, kau jangan tengok dia lama-lama itu aku punya, kau semua ada dah kat rumah tu jangan nak tengok yang aku punya pulak." marah Taufiq kepada kawannya yang masih memandang gadis itu.

"Ek eleh! Macamlah kitaorang tengok pun kau punya tu. Tapikan itu bukan kau punya pun kot-kot perempuan tu dah kahwin ke? Macam mana? Tak baik kau tenung isteri orang!" kawan Taufiq seorang lagi yang bernama Kamal. Kamal hanya ingin mengenakan kawannya itu.

"Perasanlah kau ni Taufiq. Kitaorang tengok mak cik tu kat belakang perempuan yang kau suka tu. Nak tergelak kitaorang tahu lihat mak cik tu." tergelak-gelak diaorang termasuklah Taufiq sendiri.

Apabila Taufiq melihat gadis itu semula dia rasa ingin tersenyum. Gadis itu asyik termenung melihat butir-butir pasir.

'Ada masalahkah gadis itu?' tanya Taufiq di dalam hati.

'Kalau nak tahu gadis tu ada masalah ke tak, baik kau pergi tanya dan tegur lagi baik.' sampuk satu suara yang amat asing dalam diri Taufiq.

'Ada betulnya jugak. Tapikan tiba-tiba aje dia kata aku gila dan tiba-tiba aje ada mamat datang tak tentu pasal dari benua mana tak ke malu nanti?'

'Apa salahnya kau tu lelaki!ada perasaaan malu pulak?'

"Wei, Taufiq! Daripada kau asyik termenung je perempuan tu lebih baik kau pergi tegur dia. Kang nanti melepas pulak kau bila dia nak balik nanti!" nasihat Sharul kepada Taufiq yang masih memandang wanita itu.

*Hero dah datang!! SELAMAT MEMBACA.. jangan seen dan baca je.. ayuhlah kita votekan biar kasi gempak! Hehehe:) MAAFKAN andai ada kekurangan pada karangan ayat saya.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now