BAB 14

42 1 0
                                    

"Awak? Saya nak ke bilik mama dulu." beritahu Medina setelah dia sampai di depan pintu Datin Hana. Melihat keanggukan Taufiq itu, dia terus masuk ke dalam bilik Datin Hana. Dia perasan dengan riak muka Taufiq sejak balik dari bandar tadi. Muram. 

Dia tahu. Sebab dia wajah itu tiada manisan.

"Mama?" Medina memanggil mamanya yang tiada di dalam bilik. Mendengar bunyi air di dalam bilik air, tahulah keberadaan Datin Hana.

Selepas 15 minit, Datin Hana keluar daripada bilik air dan terkejut melihat anak perempuannya berada di dalam bilik.

"Eh? Anak mama dah balik? Beli apa? Mana Taufiq?"

"Mama mana satu nak tanya ni?" Dia melangkah ke arah sofa berhadapan dengan katil.

"Beli apa? Mana Taufiq?" Datin Hana mengulangi pertanyaannya. Dia juga duduk dengan Medina di sofa sambil menggengam kedua-dua belah tangan Medina.

"Tak beli apa-apa pun. Cuma beli mainan Zara je. Taufiq pulak kat bilik. Tengah rehat letih agaknya melayan si Zara tu." jawab bersahaja.

Medina memerhati Datin Hana lain macam sahaja. Ada apa-apa ke?

"Oooh! Anak mama dah solat ke belum?"

"Dah mama. Err...kenapa dengan mama ni? Mama ada masalah ke? Boleh kongsi dengan Dina." sengihan yang hanya mampu diberi oleh Datin Hana kepada Medina.

"Dinatahu? Apa tugas seorang isteri terhadap suami?" Datin Hana tahu anaknya belum bersedia untuk memikul tugas yang amat berat sebagai seorang isteri.

Lama berdiam diri. Itu mungkin jawapan Medina untuk menjawab soalan yang payah dijawab.

"Dina mesti hormat suami, jaga makan minum suami, jaga pakaian suami dan yang paling penting, jaga maruah suamiMesti taat cakap suami. Tak boleh kata tidak. Macam Dina nak pergi rumah mama, minta izin daripada suami dulu. Kalau dia kata tidak, maka tidaklah jawapannya. Mama apa pun mesti kata ya. Dalam sesebuah rukun rumah tangga ada asam garamnya. Sini cemburu, sana cemburu. Dulu mama macam tu juga, tak ada lah cemburu kuat sangat, selidik dulu itu baru betul. Faham, sayang? Nanti mama tak ade macam mana kehidupan kamu kan?" panjang lebar Datin Hana memberi kaunseling kepada anaknya.

"Apa mama cakap ni? Tak nak lah mama." Medina sudah berasa susah hati mendengar Datin Hana bercakap menjurus kepada kematian.

"Tak adalah. Esok Taufiq dengan anak mama dah nak balikkan? Tinggallah mama sorang-sorang kat rumah ni. Abang awak pun dah nak balik sana." sayu sahaja perasaan Datin Hana setelah melihat anak-anaknya sudah berumah tangga dan ingin meninggalkan dia.

"Mama stay dengan kitaorang nak tak, ma?" tanya Medina.

"Tak boleh sayang. Dulu mama macam ni jugak masa muda dulu, tetapi setelah mendengar nasihat tok yang, mama terus bersemangat nak jalani kehidupan seorang isteri ni. Seronok tau jadi isteri ni. Apa yang kita nak kita dapat. Tapi ingat ya sayang, jangan lupakan mama kat sini." Datin Hana terus memeluk Medina. Terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Datin Hana.

"Mama? Kenapa ni? Jangan tinggalkan Dina. Dina masih perlukan mama melebihi orang lain. Please mama." keluar titisan air mata Medina yang tahan sejak tadi.

"Setiap orang akan mengalami sebuah kematian, sayang..Jika Allah ingin ambil nyawa mama, mama tak boleh kata tidak sebab ini ketentuan kita. Kita mesti terima, ya sayang?"

"Jika mama tak ada, sayang mesti ingat pesan mama ya? Terima suami, terima Taufiq, dia suami Dina tau selama-lamanya. Mama tak tanggung anak mama yang cantik ni lagi. Taufiq yang tanggung sekarang. Sayang jangan belakangkan Taufiq dalam segala hal tau." sambung Datin Hana setelah melihat anaknya yang tidak sudah mengesat air matanya.

"Ma? Dina... Dina akan terima Taufiq. Dina janji ma. Terima kasih mama sebab dah lahirkan, jaga Noru. Dina sayang mama sentiasa."

mereka memeluk tubuh. Datin Hana meneepuk belakang Medina. dia akan merindu gelagat anaknya yang memvesar di hadapan mata. Mama sayang anak mama. 

Demi mama, dia terima Taufiq walau tidak sepenuh ikhlas hainya. masih mencari sisa sikap Taufiq dan mungkin Taufiq juga mencari budi baik dia. Aku dah kahwin. Ada tanggungjawab berat menimpa pada bahu aku. Senyum dalam hati.

"Dina mesti terima Taufiq kerana Allah bukan kerana mama. Mama juga sayang kat kamu dengan Hairul. Menantu mama sekali. Sayang jangan risau, sayang sentiasa di hati mama."

Pelukan terlerai. Datin Hana mengucup dahi Medina. Terpejam sesaat mata Medina. 

Setelah mendengar suara azan Maghrib berkumandang, Medina meminta diri untuk keluar kerana dia belum mandi setelah balik dari bandar.

'Patutlah mama cakap macam belacan je aku. Tak sedar aku ni tak mandi lagi.'

Dia bermonolog bersendirian sementelah menutup pintu. bau badan sambil berjalan ke biliknya. 

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now