BAB 11

41 2 1
                                    

Datin Hana, Kak Ita dan pengantin baru sudah menyiapkan sarapan yang sangat mudah untuk pagi ini aje. Hanya roti bakar bersama pelbagai jenis jem, nasi goreng, air neskafe seteko dan tidak lupa juga kepada air minuman setiap pagi Noru iaitu teh.

"Sayang, pergi panggil suami kamu dengan abang kamu tu."

"Baiklah! Mama ku yang cantik lagi manis orangnya." 

Medina berjalan macam budak kecil yang minta susu. Dengan jalannya cara lompat sambil nyanyi lagu twinkle-twinkle sehingga Datin Hana memerli anaknya.

"Hei cik kak! Awak tu dah bersuami buatlah cara ada suami. Ini tidak macam budak kecil nak minta susu. Jalan tu elok sikit." setelah Datin Hana memerli Medina, dia meneruskan perjalanan kerjanya yang tertangguh.

Semua sanak saudara sudah pulang ke rumah masing-masing kerana rumah Datin Hana dengan sanak saudara yang lain dekat sahaja. Hati Datin Hana sangat gembira kerana anak perempuannya sudah selamat dinikahi dan tinggallah dia keseorangan. Hairul ingin pulang esok ke Australia.

Medina menaiki anak tangga dengan mulut muncung kerana dia ditegur oleh mamanya. Bagus jugak orang menegur kita kerana Allah menghantar seseorang untuk menegur kesalahan kita melalui perantaraan manusia.

'Hisy,macam mana ni ye? Aku nak gerak dia ni? Nanti jadi macam tadi. Tak berani aku! Mengerunkanlah dia tu!'

Sedang Medina pot pet pot pet, tiba-tiba seseorang datang sergahnya.

"Hei! Adik abang buat apa kat sini? Skodeng abang ye? Baik cakap."

"Perasan betullah abang ni! Orang nak pergi gerak orang dalam bilik tu. Tepi sikit." Dia menutup malunya dan bergerak meninggalkan Hairul yang tengah mengetawakan dirinya.

"Ketawa, ketawa! Nanti jatuh tersadung kat tangga baru tahu langit tu rendah ke tinggi!" setelah Medina beritahu ayat dia, Hairul terus tersadung dengan menahan sakit. sengaja.

Menyakat adiknya sehari memang tak sah. rindu sebenarnya mengacau adiknya yang manja yang amat. Medina ajelah adik dia. 

"Jahat betul adik ni! Tak nak kawan! Beritahu kat mama!" Hairul berpura-pura memanggil Datin Hana padahal dia sengaja menjatuhkan kakinya buat-buat terseliuh. Saja nak sakat adik kesayangannya ni.

"Beritahulah! Tak takut pun! Dasar anak manja abang ni!" Medina terus menuju ke arah bilik peribadinya. Semasa berlalu, dia tersenyum melihat karenah abangnya, Hairul.

***

Medina memerhati keadaan biliknya yang bersepah di sana sini. 'Ya Allah! Ni bilik siapa ni? Larat ke aku nak kutip, susun bagai ni?'

"Hei, sayang! Masuklah kenapa tegak je berdiri kat situ? Nak nyanyi lagu Negaraku ke? Abang buka lagu ye?" Taufiq yang hanya selamba memakai tuala keluar dari bilik air.

Terkejut beruk Medina melihat keadaan Taufiq yang amat tak tahu malu itu.

"Awak ni tak tahu nak pakai elok sikit ke depan saya? Bilik bersepah ni kenapa?"

"Ala sayang ni, tu pun marah ke? Kitakan suami isteri apa masalahnya? Abang nak berkeadaan macam ni. Depan isteri je pun? Buat apa nak malu." Taufiq bergerak menuju ke almari untuk mengambil pakaiannya tetapi sebelum menuju ke arah almari mesti melalui tempat isterinya berdiri.

"Emm... sayang, wanginya sayang ni? Nak pergi mana?" Taufiq yang muka selambanya ingin mencium ulas bibir mungil milik Medina.

"Eh! Apa awak buat ni! Tak sukalah! Pergi pakai baju tu! Dahlah bersepah dalam bilik ni!"

Taufiq menahan ketawa melihat kemerahan wajah Medina sambil memakai pakaiannya.

"Ketawa, ketawa! Aku juga yang kena kemas! Orang lelaki macam nilah! Menyusahkan orang perempuan! Cuba tolong aku ni sikit. Ni tak asyik cari pucuk muda je dia tahu. Benda nak jadilah lelaki sekarang ni!" Dia membebel sambil mengutip segala barang yang bersepah.

"Sayang cakap apa? Cakap sekali lagi?"

Taufiq memandang muka Medina dengan wajah yang serius dan pandangan yang tajam. Taufiq mendekati dan memegang dagu Noru. "Cakap sekali lagi?"

Medina tidak berani mengangkat muka. Dia menepis tangan Taufiq yang memegang dagunya tetapi Taufiq tetap juga ingin memegang dagu isterinya.

"Err... Mama panggil untuk sarapan. Jom turun. Awak dah pakai pakaian awak tu. Orang dah tunggu lama tu!" Medina memaniskan mukanya menghadap wajah Taufiq. Dia bergerak menuju ke arah pintu untuk keluar tetapi dihalang oleh Taufiq.

"Abang tak pernah menyusahkan perempuan dan abang dah berjanji pada diri abang yang abang takkan curang dan cari pucuk muda sebab abang dah ada perasaan untuk isteri abang. Sayang kena ingat." Taufiq terus memulas tombol pintu.

perginya Taufiq, ayat itu buat dia terasa kagum dengan apa yang baru didengari. Sesuatu perasaan aneh menyelubungi hati dan jantungnya. Apakah itu?

Mengenalimu adalah suatu anugerah

Menyakitimu adalah suatu laranganMendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaanMeninggalkanmu adalah suatu kebodohan

***

Mereka bersarapan dengan tertib sekali. Kadang-kadang terdengar gelak ketawa, gaduh sayang antara dua beradik itu.Gembira Datin Hana melihat kecerian di raut wajahnya yang semakin meningkat tua. Keadaan dirinya yang kadang-kadang tidak berapa sihat semenjak dua menjak ini. Datin Hana tidak mahu dengan keadaan dirinya akan merisaukan anak-anaknya. Datin Hana yang tengah termenung tiba-tiba terdengar anak sulung lelakinya memanggilnya.

"Mama! Tengok adik ni! Kalau dah salah tu salah je lah. Nak main kasar pulak dah. Boleh blah lah!" Hairul seperti budak kecil mengadu kepada Datin Hana.

"Eleh! Dia yang salah kan anak sedara Mak Su? Papa Zara ni tak tahu erti kalah kan sayang?" Medina menanyakan anak saudara perempuannya yang sedang menyibukkan diri makan nasi goreng.

'Kalau makan tu nombor satu tapi badan tak naik-naik juga, badan macam tu je, maintain je.' Medina bermonolog seorang diri melihat anak saudaranya, Zara Amiera duduk di sebelah uminya, Zarita merangkap kakak iparnya yang pendiam dan kadang-kadang sporting itu.

"Tau papa ni! Kalah, kalah jelah! Zara nak makan tak lalu tau. Dengar Mak Su dengan papa asyik gaduh aje. Tak bosan ke?" Zara menyambung semula sarapannya.

Semua ketawa melihat telatah Zara itu. Walaupun Zara, umurnya empat tahun tetapi fasih berbahasa speaking tau! Orang menetap kat luar negara kata kan!

"Zara menangkan siapa sebenarnya?Papa ke Mak Su?" Hairul cuba memancing perbualan dia dengan anaknya yang masih sedang sibuk menjamah sarapannya yang tidak habis lagi itu. Orang lain dah habis pun. Tinggal dia sahaja.

"Zara menangkan Mak Su lah! Apalah papa ni! Mak Su dah janji nak ajak Zara pergi beli mainan kan Mak Su?" terus Zara berhenti makan walaupun makanan di dalam pinggannya belum habis sepenuhnya.

"Eh ye ke? Mak Su tak tau pun? Cuba tanya Pak Su, Pak Su boleh tak Zara nak ajak Mak Su keluar?" Medina melihat Zara tanpa memandang Taufiq yang dari tadi membisu.

"Pak Su, boleh tak?" Zara membuat muka comelnya dah.

"Boleh! Tapi kena ajak Pak Su sekalilah kan Mak Su? Tak ada Pak Su tak ada lah Mak Su." Taufiq menatap wajah isterinya yang masih memandang Zara yang mengubah wajahnya daripada comel terus tak ada langsung wajah comelnya itu.

"Mak Su? Boleh, Pak Su ikut? Mak Su dah janji tau? Tak baik mungkir janji tau. Umi kata orang yang lupa janji orang yang munafik. Mak Su nak jadi orang munafik ke?" Zara menutup gembiranya.

Berlainan pula dengan perasaan Medina yang sangat menyesal menanyakan soalan itu kepada Taufiq. 'Menyesalnya!' Dia berteriak di dalam hati beberapa kali.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now