Hatiku.... Alirkan Cinta Dia

42 2 0
                                    

BAB 18

Taufiq mengingati semula perbualan dia dengan Ustaz Halim. Tanpa Taufiq sedari sebenarnya seseorang sedang memerhatinya dari dapur. Taufiq ingin bangun tetapi bahunya dipegang oleh seseorang.

"Hei! Hairul. Terkejut aku. Apahal tak tidur lagi?"

"Duduklah semula. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni." Hairul duduk bertentang dengan Taufiq.

"Apahal? Cakaplah." Taufiq tidak sabar mendengar sesuatu dari mulut Hairul.

"Sebenarnya dari dulu lagi aku nak cakap hal sebenar." sepotong- potong ayat Hairul keluarkan kata-katanya

"Kau ni, cer straight to the point gok. Buat aku tak sabar je." Taufiq selesakan tempat duduk. Punggung dia sudah kebah kerana duduk lama sambil silangkan lengannya di atas meja.

Hairul sedang memikir dan mengumpul ayat bagaimana ingin beritahu kepada adik iparnya ini walaupun mereka sama umur.

"Kau mesti sabar dengan karenah adik aku. Dia memang tak boleh ngam dengan orang baru dia kenal. Itu je aku nak beritahu." bersungguh-sungguh Hairul Irsyad berkata.

Taufiq menahan ketawanya dari tersembur di depan Hairul. 'Nanti tak hormat pulak. Cari nahas je.'

"Kau nak ketawa ke? Wei! Aku cakap perkara betul ni. Nanti menyesal kau tak ikut cakap aku." tangan kekura Taufiq ditepuk Hairul.

"Yelah.. Encik Hairul merangkap abang iparku." dia mengalah buat seketika. Dia cuba mengambil hal ni dengan serius.

"Aku naik dululah. Dah malam ni. Tak ada perlawanan bola pulak malam ni. Kau jangan sesekali tinggalkan adik aku. Sekali kau buat adik aku nangis siap kau." amaran yang keras di berikan oleh Hairul lalu nenapak ke arah tangga.

***

Taufiq memijak anak tangga dengan langkah yang longlai kerana dia tidak berani berhadapan dengan Noru yang masih belum menerimanya. Dia berhenti di hadapan pintu sebelum melangkah masuk.

'Agaknya macam manalah kehidupan aku hari esok ye? Tak pe, aku akan fight secara 'sado'. Sayang tengoklah berapa 'sado' nya abang nanti. Akanku pikat si gadis merpati'

Taufiq menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk sebelum tidur. Dengan perlahan-lahan, dia baring di katil bersebelahan dengan Noru yang menghadap dirinya.

'Cantik sungguh ciptaanmu. Ya Allah, kau kurniakan hamba dengan seorang isteri yang berbudi pekerti dan cantik bahasanya. Aku tak nak kehilangan dirinya.' Taufiq asyik termenung wajah Noru sehinggalah dia terlelap dengan sendirinya sambil memeluk erat pinggang isterinya.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now