Hatiku... Alirkan Cinta Dia

56 0 0
                                    

BAB 26

Setelah sarapan dengan masa yang singkat, sekejap sahaja masa berlalu. Medina menghantar suaminya di depan pintu. Hari ini adalah hari pertama Taufiq masuk bekerja dengan membawa nama sebagai suami. Sungguh terharu. Tiada bujang. Tapi masih teruna. Chiss. Jangan ikut rentak ini.

Seraya menyarung kasut hitam, Taufiq bingkas berdiri tegak daripada duduk di kerusi. Dia membawa sebuah senyuman dan sebuah pesanan untuk isteri tercinta.

"Abang pergi dulu, jaga diri baik-baik ye." pesan Taufiq kepada isterinya.

Taufiq mengusap ubun kepala Medina ketika dia menyalam tangan kekar Taufiq. Senyum sahaja terukir di bibir sang suami. Sejuk hati melihat setiap hari sebegini. Tiada apa yang didambakan, hanya zaujahnya di dalam hati.

"Abang balik lunch nanti?" tanya Medina mengambil tempat di pintu kereta.

"Tak, abang banyak kerjalah sayang. Tak sempat kot. Maaf ye sayang." dia tutup pintu kereta dan cepat membuka tingkap kereta berwarna hitam. Gelap.

"Oh, tak pe. Noru faham." balas Medina bersama senyuman manis.

Dia harus peka dengan tugas zaujnya sebagai doktor di klinik sendiri. Perlukan perhatian yang penuh kepada tugasan. Doktor. Sebuah nama yang tak dipandang enteng oleh masyarakat. Tetapi ada yang memandang serong terhadap kerjaya doktor.

Sakit. Hidup. Mati. Semua dia tangan Allah. Kita yang hamba ini perlu ikut rentak sang Pemilik Alam ini. Ujian yang dihadapi oleh pesakit bukan di tangan manusia, tak kira orang itu bernama doktor. Ujian dan dugaan ada dimana-mana. Tak kira siapa pun.

"Abang pergi dulu, sarangheyo." ucap Taufiq dengan bahasa Korea secara tiba-tiba. Siapa ajar tu.

"Wah! Pandai cakap ayat tu." terpegun sekejap Medina dengar sebutan keluar dari mulut nipis suaminya.

"Hahaha. Itu je ayat abang pandai. Assalamualaikum." gelak halus Taufiq.

"Waalaikumusalam, hati-hati bawa kereta." Medina melambai tangannya di pintu rumah. Tak boleh keluar. Tanpa pakai sehelai tudung, ganjal baginya ketika keluar walaupun di hadapan pintu pagar sana. Maruah suami harus dijaga.

Manakala Taufiq pula, mula perjalanan dengan sebuah bacaan doa. Agar selamat dibawah jagaan Allah. Dididik sebegitu sejak kecil sehingga dewasa. Amalan yang diberi ibu bapa jangan dibuang sebegitu sahaja. Hargai pengorbanan mereka.

***

Seminggu berlalu

Seorang gadis termenung memandang ke rumput pada waktu malam. Dia sedang memikirkan sesuatu yang sangat mencurigai hatinya tentang si dia. Runsing memikirkan hal ini.

"Ha! Anak umi buat sorang-sorang kat luar ni? Asyik termenung je umi tengok." sergah si umi kepada anak daranya.

"Eh, umi. Tak ada apalah. Fikir tentang abang tu. Dia kahwin orang mana umi? Cantik tak?" segala rentak curigai itu mula surut setelah dilafazkan.

"Hisy, fikir cantik je kamu ni. Mestilah cantik umi cari."

"Umi cari? Boleh pulak abang terima. Umi paksa abang ke?"

Puan Aisha duduk di hadapan anaknya, Aliyah. Anak yang sedang diberikan pelepasan cuti selama sebulan. Lama kan? Baru habis sem 3 dan peperiksaan. Disebabkan itu, Aliyah balik ke Malaysia. Khabaran pada abangnya belum lagi di beritahu.

"Umi tak paksa pun. Abang kamu dah kenal dengan isteri dia. Tak silap umi dekat Taman Gelora. Abang kamu tu dah macam kanak-kanak riang." balas Puan Aisha.

"Ye ke? Wah, abang nak dapat isteri lupa yang umur dia dah nak tua. Umi tak jawab lagi soalan Isya." tanya Liyah sambil tongkat dagu melalui kestabilan dari tangan kanan yang digenggamkan.

"Soalan apa pulak ni." berkerut dahi si uminya dengan pertanyaan si gadis ini. ' Soalan apa tak di jawab?'

"Abang kahwin orang mana? Orang sini ke orang jauh."

"Orang dekat je. Orang Kuantan tu. Dia orang berada tapi tak perlu risaulah, keluarga diorang baik-baik je."

"What? Bang kahwin dengan orang berada? Pelik ni,umi. Umi ni cari biar betul?"

"Apa whatnya? Betullah, umi dengan keluarga Kak Dina rapat. Umi dengan Aunty Hana memang rapat. Kawan satu sekolah."

"Oh.. nama isteri Abang Fiq, Dina rupanya. Mesti cantik."

"Mestilah cantik memantu umi. Umi dah tunjuk gambar Kak Dina tu kan? Lupa dah ke?"

"Lupa dah umi. Masa tu Liyah tengok macam tu. Liyah ada kelas waktu tu masa tu jugak pensyarah mat salih tu datang tu. Tengok sepintas lalu jelah. Maaf umi."

"Tak pelah. Mari masuk, gigit nyamuk anak umi yang kerepot ni."

Puan Aisha mula bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia menggamit Aliyah untuk sama- sama berdiri. Kain batik yang ingin londeh, dibetulkan.

"Sampai hati, Liyah tak kerepot lagilah. Liyah still young la, umi." mencebik seketika. Berjalan sambil memeluk bahu umi yang disayanginya itu. Manja. Selendang yang ditiup angin, disilang ke belakang.

"Umi gurau jelah. Agak-agak abah buat apa la tu."

Dua orang wanita inilah yang menyerikan kehidupan seorang jejaka tampan di dalam rumah ini. Hanya dua orang sahaja anak Puan Aisha dan Tuan Lutfi ada. Seperti itu juga Noru yang hanya dua orang sahaja adik beradik. Sama juga, lelaki dan perempuan. Sepasang. Lebih bahagia. Pengarang jantung selama ini.

Puan Aisha gembira dengan keputusan Taufiq untuk menerima si gadis bernama Medina. Dia tahu Taufiq punyai kisah silam yang amat luka di dalam dada. Selama setahun, Taufiq ubah dirinya jadi orang sangat dalam memilih pasangan. Tapi kali ini, entah bagaimana si anak boleh terima dengan keputusan yang memelikkan dirinya sebagai umi yang membesarkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now