Hatiku... Alirkan Cinta Dia

34 1 0
                                    

BAB 19

Perasaan malu terasa lagi pada diri Noru apabila Taufiq selamba sahaja lakukan perilaku sebegitu sehinggalah di meja makan. Dia masih enak memeluk erat pinggang raping milik Noru. Semasa Noru ingin bangkit untuk solat Subuh, dia ternampak satu tangan kekar enak memeluk lengan dia. Terkerut-kerut wajah Noru saat melepaskan diri daripada Taufiq.

Namun begitu, tetap tidak berhasil. Noru mengoncang lengan Taufiq supaya lepaskan dia, tetapi satu pergerakan pun dia tak lakukan. Masih enak mengulit mimpi, mungkin. Atau.. enak memeluk lengan Noru yang lembut lagi kecil. Satu perkataan yang boleh dia beri,

"Give me 10 minutes. And abang akan wake up. Please stay with me."

"Err.. yelah kot." jawab tanpa sepenuhnya yakin ataupun dalam erti kata lain, tak rela.

Mereka solat subuh berjemaah dan bersiap siaga untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya dan suami isteri. Alhamdulillah, masih lagi dapat menghirup udara di atas muka bumi. Noru melihat sekitar biliknya dari bersepah lalu dia berlalu ke bawah bersama suaminya. Sepasang sejoli ini turun dengan rasa tawadhuk sekali. Noru cuba untuk lepaskan diri daripada pinggangnya dipeluk oleh si dia.

"Nanti orang lain nampaklah abang."

"Biarlah orang nampak. Kitakan suami isteri. Tiada masalah pun. Sayang ni pinggang kecil je tapi seronok peluklah."

Selepas 15 minit mereka bercakerama di atas tangga. Tepat pukul 8 pagi, mereka sedia untuk bersarapan pagi. Noru yang mengerling Hairul yang sibuk tersengih-sengih dan Kak Ita yang sibuk melayan karenah Zara Amiera. Noru senyap-senyap layangkan penumbuk kepada Hairul.

Walau bagaimanapun, Noru memandang ke arah air muka Datin Hana yang sangat keruh. Noru memang tidak mahu meninggalkan Datin Hana walaupun dia tinggalkan Datin Hana untuk bekerja tapi berlainan kerana dia sudah pun berkahwin dengan bukan pilihan hatinya.

Walaupun muka orang di sebelahnya kacak, putih bersih dengan bersikap selamba tapi hati dia berasa tenang. Entah kenapa, dia susah sangat nak terima orang disebelahnya ini. Sedang sedang dia menilik muka di sebelahnya, tiba-tiba ada bunyi...

"Ehem... ehem... hai.. dahlah tengok orang tu. Sampai nak tembus muka orang nak tengoknya." sudah berbunyi suara yang memang cukup kenal dengan perlinya.

"Amboi.. ayat. Encik Hairul memang tak cukup beli insurans ye? Kawan adik ada jual insurans. Mehlah beli. Biar mulut tu jadi jongkong emas. Senyap terus."

Ketawa seluruh ahli keluarga di situ apabila Noru menjawab. Bibir Noru terkumat kamit membebel tak tahu apa.

"Eh! nanti Kak Ita nak borak dengan sapa kalau Abang Hairul awak ada jongkong emas." sakat Zarita dan memandang Hairul serta Taufiq.

"Betul tu. Isteri abang pun pandai ha. Ala ala ciannya adik abang ni. Nanti suruh Fiq pujuk ye. Hah, lupa pulak! Fiq.. kau nak balik selepas aku balik ke?" sambil bercakap sambil menyuap makanan.

"Err.. yelah. Kenapa?" gagap Taufiq menjawab kerana dia melihat wajah Datin Hana yang keruh. Nak buat macam mana, tugas dia sebagai doktor di klinik miliknya macam nilah. Tak boleh nak cuti lama-lama.

'Banyak kerja woo...'

"Aku ingat nak suruh kau duduk kat sini buat beberapa hari. Macam mana adik?"

"Hah? Adik?" Noru memandang Taufiq dan Datin Hana silih berganti. 'Nak wat camne ni?'

"Adik ikut abang Fiq je. Tapi memang nak ikut sebab adik nak tahu kat mana rumah suami adik."

Semuanya di meja makan terdiam. Mereka menjamah sarapan mereka dengan khusyuk sekali. Hanya bunyi sudip aluminium berdentam dentum menandakan ada orang menambah makanan.

***

Mereka bersalam-salaman dan berpeluk cium seperti tidak mahu lepaskan pergi lebih-lebih lagi Datin Hana. Datin Hana kelihatan sangat bersedih kerana akan kehilangan suara-suara manja Noru tetapi masih dengan mood gembiranya kerana Noru mengahwini dengan pilihan hatinya.

Hairul, Zarita dan Zara sudah berlepas ke Kuala Lumpur setengah jam yang lalu dan seterusnya bersambung dengan pelepasan ke Australia.

"Mama, Noru dengan Taufiq pergi dulu ye? Jaga diri tau." sedih sahaja kata-kata yang Noru beri. Taufiq mengusap belakang Noru ingin meredakan kesedihan Noru.

"Jangan risaukan mama. Mama boleh jaga diri, ramaikan pekerja mama boleh tengokkan mama."

"Ye betul, ramai pekerja mama tengokkan tapi tu dekat kedai bukan dekat rumah." hujah Noru lagi ingin membawa mamanya ikut bersama.

"Abang? Boleh tak mama ikut kita? Duduk sama dengan kita? Boleh ye?" pertanyaan Noru itu menyebabkan Taufiq berpaling memandang Datin Hana. Dia melihat Datin Hana menggeleng seraya itu memandang kembali isterinya.

Taufiq tak tahu nak cakap bagaimana untuk menyatakan pada Noru perkara larangannya tetapi dia tidak sanggup melihat kekeruhan di wajah isteri kesayangannya.

"Err... Taufiq." tergagap Taufiq masih memikirkan keputusanya.

"Tak payahlah. Mama tak nak menyusahkan kamu berdua. Baik kamu pergi sekarang nanti dah sampai malam." Datin Hana cuba menyakinkan anak dan menantunya.

"Mama jangan lupa makan ubat tau. Jangan miss pun. Kalau ada apa-apa telefon Taufiq ataupun Noru, ye mama." nasihat seorang menantu kepada ibu mentuanya, Datin Hana.

"Yelah. Dah pergi. Jangan terlalu fikirkan mama, nanti kamu susah hati padahal elok je kat rumah ni." begitu yakin Datin Hana beritahu kepada Taufiq dan Noru.

'Hisy,dapat menantu doktor ni jadi fikir pasal ubat jelah.'

"Ma, kitaorang pergi dululah. Jaga diri. Assalamualaikum." Noru memeluk sekali lagi sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Waalaikummussalam. Fiq, bawa kereta elok-elok baca Bismillah. Kalau penat singgah kat R&R. Ingat pesan mama ni. Jaga anak mama ya?" nasihat terakhir oleh Datin Hana kepada Taufiq melalui tingkap pemandu kereta sebelum Taufiq memulakan perjalanan ke rumah mahligainya.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now