BAB 9

38 1 0
                                    

Entah mengapa

Ku rasa tak menentu
Semenjak aku mengenalimu sayang

Terbayang-bayang
Wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
Apakah ertinya

Aku tak tahu
Mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku mencintaimu

Ku harap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh indahnya
Bila bersamamu

Moga engkau dapat terima
Cintaku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku

Sudah setengah jam wanita berkemeja kotak merah hitam berdiri macam patung cendana jadi model depan kedai kek Datin Hana di Malay Town.

'Hisy, mama mana ni? Dah nak masuk waktu asar ni.' Tunggu punya tunggu tibalah Datin Hana tepat-tepat di depan sekujur tubuh Medina Suffiyah.

Medina pantas masuk ke dalam kereta. Dia menyalami tangan Datin Hana. Anak solehah katakan... haish. Dia baru ingin membuka mulut mengomel Datin Hana.

"Mama minta maaf, mama pergi pasar dulu. Kamu dah tahu kan mama pergi Kemaman jumpa kawan mama tu." Datin Hana memulakan pemanduanya.

Medina hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang diucapkan oleh Datin Hana.

Kereta Honda Accord kepunyaan Datin Hana memasuki kediamannya dan membawa keretanya menuju ke garaj. Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah untuk menyiapkan diri untuk berjemaah bersama-sama. Mereka banyak bercerita selepas solat. Selepas solat, mereka sama-sama turun untuk menyiapkan makan petang. 

Begitulah rutin kehidupan dua beranak. Kadang-kadang, mereka menghubungi Hairul Irsyad anak sulung dan selaku ketua keluarga sekarang. Kata Hairul dia akan balik minggu depan untuk mewalikan perkahwinan Medina dan melihat persandingan adiknya dengan pilihan Datin Hana.

Datin Hana membuat kuih cara kerana semalam Datin Hana sudah membancuh bahan-bahan masakan. Medina juga membantu Datin Hana, membancuh air kesukaan Datin Hana iaitu air teh pudina. Rasanya memang sedap dan baunya harum dan wangi. Walaupun airnya ada sedikit manis tetapi dia kurangkan manis di dalam air teh pudina. 

Di dalam cabinet memang banyak kotak teh pudina ini. Datin Hana memang suka minum air ni kalau habis satu stok tu belinya sampai 100 kotak. Tapi si anak ni suruh mamanya belilah sikit dahulu.

Mereka sama-sama menikmati hidangan petang mereka. Mereka bergelak ketawa berborak-borak. Mereka tidak mempunyai pembantu rumah kerana Datin Hana ingin melakukan sendirian tanpa pertolongan sesiapa kecuali ahli keluarga sendiri. Sehinggalah masuk cerita perkahwinan penting. 

Datin Hana bukan paksa Medina tetapi memang paksa pun. Dalam fikiran Medina, lebih baik terima kalau tak mama akan tanya hari-hari setiap masa. Sampai letih nak lari topik daripada cerita ini.

'Mama ni tak letih ke nak paksa aku kahwin dengan entah makhluk asing datang planet mana lah tu. Kalau orang tu tahu aku umpat dia tak pasal-pasal kena marah. Kalau laki tu ada sifat yang kejam, panas baran. Betul tak? Naya hidup aku' 

Medina pandang Datin Hana. Datin Hana pulak tengok anaknya lain macam aje.

'Nasib baik dia terima perkahwinan ini kalau tak? Tak merasalah aku nak timang cucu. Jadi besan dengan kawan baik pulak tu.'

"Mama harap selepas ni, kamu jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh taat pada Allah dan suami. Buat secara ikhlas jangan rasa terbeban dengan semua. Nanti mama tak de dah... Dina jangan rasa kehilangan. Anak bongsu mama ni dah ada suami. Bukan hak mama lagi nak masuk campur. Ingat ye, sayang." panjang lebar Datin Hana memberikan nasihat sehingga menyentakkan Medina yang tengah mengelamun tak sedar diri.

"Ma? Apa cakap macam tu. Dina tak nak kehilangan mama. Memang Dina tak terima pernikahan ni. Dina cuba terima dengan ikhlas sepenuh hati. Pasal sayang tu Dina tak pasti bila akan tiba rasa tu. Mama jangan risau." Medina mengenggam tangan tua Datin Hana sambil merenung raut tua mamanya.

"Tapi.. mama nak pergi mana? " sambung Medina lagi.

"Sayang janji ye Mama tak de ke, ada ke. Sayang perlu teruskan hidup. Jangan sedih bila mama tak de. Ingat ye, sayang." kata Datin Hana menutupkan kesedihan di hadapan anak perempuannya.

'Mama minta maaf sayang. Ini yang boleh mama buat untuk tak nak sayang keseorangan. Mama hadirkan dalam hidup sayang untuk ceriakan hidpup sayang. Abang Hairul kamu jauh untuk uruskan kamu. Maafkan mama, sayang."

Mereka teruskan berborak sehingga masuknya waktu maghrib. Datin Hana dan Medina mengemas segala juadah petang seterusnya dimasukkan ke dalam rumah vilanya. Hidup kedua-dua wanita tanpa kehadiran kapten keluarga ini iaitu Dato Iskandar yang telah lama dijemput Illahi kerana kemalangan semenjak 16 tahun lalu.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now