BAB 2

61 3 1
                                    

'Ini adalah pertama kali aku menghantar pesanan kepada pelanggan. Tak dapat gambarkan perasaan aku apabila mamat yang aku minat dalam diam sedang berada di meja tersebut. Alhamdulillah pesanan ini adalah untuk dia.' monolog Medina di dalam hati sambil memandang si dia yang sibuk dengan gajet di tangan.

Sebelum itu, tercari-cari jugak meja nombor lapan tu. Dengan berkat pertanyaan dan ditunjuk oleh Puan Datin tu, dapatlah tahu meja tersebut.

"Assalamualaikum, Encik. Ini pesanan untuk Encik. Selamat menjamu selera." ucap Medina dengan lemah lembutnya dan bersama senyuman tak pernah padam.

"Waalaikumussalam. Okey, terima kasih." pemuda ini masih tetap bertentang mata dengan gajet yang besar gedabak itu. Hanya main permainan sahaja tapi gajet tersebut memang besar.

'Hisy, mamat ni tak nak pandang aku ke? Sampai hati.' setelah bengang dengan pemuda itu, Medina pun berlalu dengan wajah yang sangat muram sekali.

Tetapi...

" Cik, saya nak..." panggil pemuda itu yang memandang belakang badan Medina yang sudah berpusing 180 darjah. Dahsyatkan si gadis ni.

"Ye?" sahut Medina dan saat itu Medina pandang ke belakang, ternampak senyuman pemuda itu.

" Hmm... abang dah tahu yang Medina hantar pesanan tu." beritahu pemuda ini sambil menutup gajet yang dibukanya tadi.

"Dah tahu?" Medina memandang pemuda ni dengan pandangan yang pelik. Berkerut sekejap dahinya.

"Yap, sayangku. Mehlah duduk."

Merah muka Medina saat Firdaus memanggilnya 'Sayangku' tapi dia buat muka cool saja di hadapan yang bergelar Dr ni.

"Macam mana Abang Firdaus tahu Medina yang hantar?" terus Medina duduk di atas kerusi kayu setelah disuruh.

"Abang yang minta Asyikah suruh Medina hantar pesanan abang." jawab Firdaus dan menongkat dagunya dengan tangannya yang dikemamkan. Nampak seperti orang yang mempunyai pangkat.

"Apasal buat orang macam tu?" lemah je suara tu.

"Saje je. Nak tengok muka orang tu merah padam. Dah lama tak tengok. Rindu tau." Firdaus cuit hidung mancung Medina.

"Hisy, sampai hati. abang memang lepak kat sini ke?" tanya Medina setelah menepis jari Firdaus.

"Haah, tak ada kelas datang sinilah. Dina dah habis belajar kan?"

"Yes, dah habis belajar. Sekarang tengah tunggu masa nak pergi masuk kerja je."

"Ouh, dapat kerja kat mana? ni mesti kerja jauh daripada mama ni kan?" tanya Firdaus lalu menghirup kopi yang dipesan.

'Sedap! cukup kaw gitu.'

" Pandai betul Dr. Firdaus kita sorang kita ni. Bukannya abang kerja kat Terengganu?"

" Memang kerja kat Terengganu tapi dulu, sekarang kena tukar kat Shah Alam."

" Kesiannya Dr kita sorang ni. Universiti mana?"

" Area rumah abang dulu. Tahu kan universiti kat mana?"

" UUM? Kat situ? Dekatnya! Bestlah! Tak payah pergi awal-awal kerja."

"Kena puncard, sayang wei. Abang kena tunjuk krebiliti dan disiplin sebagai seorang pensyarah, sayang."

"Hish, apa pulak panggil Dina, sayangnya. Dengar dek mama malu tau." seraya itu terus Medina menunduk memandang jemarinya. Malu!

"Cik adik abang malulah. Mengada betul. Dina, abang nak keluar dengan Dina malam ni boleh tak?" Firdaus masih memandang wajah Medina yang setia menunduk ke bawah.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now