BAB 7

38 1 0
                                    

"Mama! Mama kat mana!" seseorang memangil mamanya di sebuah rumah vila di Forest & Hill.

Medina mencari Datin Hana di merata tempat. Cuma dia tak mencari Datin Hana di taman tempat kesukaan Datin Hana pada waktu pagi dan petang jika tidak ada kesibukan di kedainya. Datin Hana mendengar anak perempuan memanggilnya.

"Ya! Mama ada kat taman ni!" Datin Hana menyahut dan apabila Medina menuju ke arahnya dengan senyuman yang macam kerang busuk. Medina tahu yang dia akan diberi kata-kata 'perangsang' oleh Datin Hana.

"Kan mama dah beritahu berapa kali jangan jerit. Jaga maruah Dina. Suara tu aurat, Dina. Nanti dah bersuami tu jaga aurat jangan tengking suami faham? Ha? Ni nak apa jerit panggil nama mama ni?"

"Minta maaf mama. Mama, ni Dina nak beritahu ada orang tu dari benua mana entah tiba-tiba aje duduk tepi Dina masa nak jogging tadi. Mama ni dengar tak? Asyik dengan bunga mama je. Nanti Dina usik pokok mama baru tahu." 

Medina ingin memegang dan ingin mencabut sekuntum bunga orkid tetapi cepat-cepat dihalang oleh Datin Hana.

"I say every much don't ever touch my flower." Datin Hana menyambung semula kerjanya selepas beritahu dan memberi amaran jangan sentuh bunganya. Walaupun suaranya perlahan tetapi tetap adanya ketegasan di situ. 

"Mama dengarlah! Siapa nama dia? Dia nak usha anak mama ni ya? Suruh datang rumah mama kalau nak kena sepak sampai masuk gol ni."

"Nama dia Taufiq..." belum sempat Medina ingin menyambung ayatnya Datin Hana dah menyampuk.

"Taufiq? Macam nama bakal suami Dina pulak." walaupun Datin Hana cakap perlahan tetapi tetap didengari oleh Medina.

"Bakal suami Dina? Mama kenal ke? Mama suruh dia selidik Dina ke?"

"Eh! Mama buat apa suruh dia selidik kamu, mama tahu kamu dah dewasa pun. Nama aje sama mungkin muka tak sama ke? Nanti diorang datang minggu depan. Pihak lelaki pun dah setuju. Pihak di sana hanya nak dengar setuju daripada anak dara mama aje ni. Kamu tak perlu risau sebab keluarga kawan mama ni baik-baik belaka."

Datin Hana memberi senyuman kepada Medina lalu Datin Hana masuk ke dalam rumah selepas membasuh tangan.

Dia mengikut Datin Hana memasuki rumah. Medina memikir bagaimana ingin membatalkan apa yang Datin Hana katakan tadi. Dia melihat mama menuju ke arah dapur.

'Bilakah aku ingin memberitahu semua ni kepada mama? Esok aku dah nak gerak ke Terengganu ni. Aku perlu berbincang kepada abanglah.'

"Mama, Dina nak cakap dengan mama boleh?" Medina teragak-agak bercakap dengan Datin Hana. Walaupun selama ini dia tak pernah membantah setiap apa yang Datin Hana suruh.

"Apa dia sayang? Cakaplah." Datin Hana meneruskan kerja dapurnya dan selepas ini Datin Hana akan membeli sedikit barang dapur kerana barang dapur dah habis.

"Dina dah nak pergi Terengganu dah esok. Jadi macam mana Dina nak balik sini balik sebab kat sana mesti banyak kerja dah mama. Tak pasti lagi boleh dapat cuti. Dahlah baru start kerja." Medina melihat mamanya macam dengar dengan tak dengar aje.

'Mama ni dengar tak apa aku cakap ni? Atau mama kecewa dan sedih sebab aku macam ni?' desis hati Medina.

"Minggu depan, sayang. Baliklah hari Jumaat. Hari Jumaat kan cuti. Tak perlu balik dengan kereta balik naik kapal terbang. Tak adalah penat sangat. Baliklah Dina ya?" ada perasaan sedih di hati Datin Hana. Medina melihat air muka mamanya yang nampak sedih walaupun mamanya tak menunjukkan perasaan itu di depannya.

"Mama? Dina tak nak kahwin. Dina tak bersedia lagi ma tolong lah ma. Biar Dina kejar cita-cita Dina dulu mama. Mama please. I know you want to do good for me but it about marriage I can't do it. It's not easy after I..." Medina berasa sedih sangat.

"Mama tak paksa Dina tetapi mama nak sayang kahwin..."

"Mama tak sayang kat Dina lagi? Mama nak Dina kahwin dengan orang yang Dina tak pernah Dina kenal. Agak-agak mama, dia tu baik tapi bila belakang mama? Dia berfoya-foya. Kan boleh harap sangat lelaki ni mama. Tolonglah faham perasaan anakmu ni mama."

Medina tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan berkahwin. Impak yang paling besar dalam hidup seorang manusia bernama Medina Suffiyah.

'Mama tak faham ke apa yang ku rasa ni? Aku tak nak kahwin. Tolonglah mama!'

"Mama dah tahu perangai dia. Mama faham perasaan anak mama ni. Dina tak payahlah kerja kat sana, ikut bakal suami Dina. Dia kerja kat Kuala Lumpur tu. Boleh Dina teman mama kalau Taufiq pergi kursus ke Dina rindu kat mama ke, cuti sekolah ke, kamu datanglah kat sini. Boleh ya sayang?" Datin Hana melihat riak muka wajah anaknya itu.

Betul kata suaminya dulu Medina akan membantah perkahwinan ini. Macam mana aku nak bercerita kepadanya nanti? Mama minta maaf Dina. Mama akan beritahu Dina suatu hari nanti.

"Dina suka duduk kat sana, mama. Dina pun dah telefon kawan. Dia duduk sekali dengan rumah milik kita."

"Kalau Dina dah kahwin mesti kena minta izin dengan dia nanti. Sah-sah dia izin punya mama." sambung dia lagi

"Jadi Dina bersedia dah nak menikah ni?" Datin Hana tersenyum-senyum memandang anaknya.

'Apa mama ni.' Medina dah mula dengan wajah kerutnya.

"Mama, apa kata bagi Dina sebulan dulu baru Dina terima. Dalam sebulan tu boleh fikir terima ke tidak perkahwinan ini. Okey mama?" Medina mencipta alasannya sendiri.

'Mesti dalam sebulan tu mesti mama dah tak teringat langsung kan? Aku beritahulah mama yang aku tak fikir habis lagi. Bagus tak idea aku ni? Okey kot.'

"Mama pergi kedai pukul berapa? Dina nak ikut sebelum pergi Terengganu esok?" Dia mengubah topik perbualan. Medina melihat mamanya sibuk menulis barang yang tiada.

"Mama pergi kejap je kedai tu. Mama nak beli barang dapur pastu mama nak jumpa kawan mama. Nak ikut?" tanya Datin Hana setelah menyiapkan senarai barang yang baru ditulis tadi.

"Mestilah nak ikut. Dina salin baju dululah. Mama nak pergi sekarang ke?" lompat anak dara dari kerusi yang didudukinya tadi lalu menapak keluar ke dapur.

"Yelah nak pergi sekarang dalam 15 minit lagi." Medina terus memanjat tangga setelah Datin Hana menghabiskan ayat yang terakhir.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now