Hatiku... Alirkan Cinta Dia

31 1 0
                                    

BAB 22

Perjalanan mereka diteruskan sehingga kereta Taufiq berada dihadapan pintu pagar rumahnya. Usai itu, pagar dibuka dari dalam dan kereta Taufiq menyelusur masuk menuju ke garaj.

"Alhamdulillah... dah sampai! Noru... bangun dah sampai ni." ucap Taufiq.

Gear dinaik oleh Taufiq lalu mengejutkan Noru. Dia merenggangkan badannya dengan cara memusingkan badan kiri dan kanan. Beberapa minit, dia membuka pintu kereta dan menuju ke arah penumpang.

'Susahnya nak bangun mek ni, baik angkat senang sikit. Hish! Janganlah badan tu berat sangat ye wahai isteri. Badan ni dah lenguh." sempat lagi Taufiq mengumpat hal Noru.

Si dia yang enak beradu di kerusi kereta yang direndahkan bagi rasa selesa. Si dia juga mengerekot saat si suami mengangkat si dia. Sebelum itu, dahi si isteri sempat lagi dicium. Si suami masuk dengan mendukung isterinya sambil menjinjit beg hitam CR-2 milik isterinya. Taufiq yang terpandangkan Mak Som di muka pintu terus menyapa Mak Som.

"Assalamualaikum, Mak Som." sapa Taufiq.

Dia menapak ke dalam rumah. Dia memandang sekeliling ruangan rumahnya. Mak Som juga bergerak ke arah Taufiq yang sedang menghampiri ke arah tangga.

"Waalaikumussalam. Lambat Fiq sampai. Dari tadi Mak Som tunggu.. tak sampai-sampai."

"Maaflah, Mak Som. Mak Som boleh ambil beg kat kereta tak, Fiq nak bawa mek ni kat atas." pinta Taufiq yang berada di kaki tangga.

"Yelah." kata Mak Som lalu berlalu menuju ke arah garaj.

'Cantik sungguh budak tu. Hmm.. anak orang kaya lah katakan.' desis Mak Som.

"Nanti Mak Som letak kat sofa je tu ye, nanti Fiq ambil sendiri." sambung Taufiq lagi sebelum melihat Mak Som berlalu.

Taufiq melangkah dengan berhati-hati naik tangga untuk menuju bilik kelaminnya. Dia membuka pintu perlahan-lahan menggunakan tangan kanannya yang terliuk lentok kepala Noru dan menggunakan kaki untuk menolak pintu. Molek sahaja dia masuk dengan perlahan supaya tidak mengejutkan Noru yang didukung oleh Taufiq.

'Emm... bersih. Mesti Mak Som jaga bilik aku ni elok-elok.'

Taufiq melihat sekeliling ruangan biliknya yang bersih dan kemas ketika dia tiada sembari itu dia meletakkan isteri tercintanya di atas katil bersaiz besar.

Seketika itu, Taufiq mengambil kesempatan merenung wajah isterinya yang cantik dikurniakan oleh Allah kepadanya. Dengan duduk bersila di tepi Noru yang sedang nyenyak tidur.

"Mesti ada sesuatu sayang sorokkan pada abang kan? Tiba-tiba je sayang baik dengan abang. Padahal sayang buat semua ni secara terpaksa. Abang tahu hati sayang, abang tak boleh nak paksa untuk mencintai abang. Walau apapun, abang akan tetap menjaga sayang, cintai sayang sepenuh hati abang. Sayang tak perlu risaulah sebab sayang satu-satunya sayang yang abang cinta."

Taufiq berlalu untuk mengambil beg dan akan datang bilik secepat yang mungkin kerana dia ingin membersihkan dirinya yang dah bau macam belacan. Sebelum berlalu, dia sempat juga mencium dahi Noru dengan penuh syahdu dan lama. Oh yea..
Dia juga melurutkan selendang hitam bersama anak tudung di kepala. Setelah itu, dia juga membuka stokin yang dipakai oleh isterinya lalu dimasukkan ke dalam bakul yang di sediakan di tepi almari.

***

Seorang gadis bangun dan mengeliat disebabkan terlalu lama terlena. Dia melihat waktu jam dinding, 9.00 malam. Tanpa sempat dia memikir tentang seseorang terus je masuk bilik air. Tuala siapa yang diambil di penyangkut, tak ambil kisah asalkan dapat segarkan badan. Nyawa kembali sihat.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now