Hatiku... Alirkan Cinta Dia

30 1 0
                                    

BAB 20

Kelihatan wajah gadis sangat muram sahaja meninggalkan pekarangan rumah. Setiap kali teringat mamanya pasti menitis air matanya.

"Sayang, kita berhenti kat R&R dulu. Solat dulu pastu kita pergi makan. Nanti sayang ambil wudhuk hilanglah rasa susah hati teringat tentang mama. Jom,sayang." Taufiq menghulurkan tangannya kepada Noru. Selama 5 minit dia meredakan perasaan sedih isterinya walaupun mereka sampai di R&R lebih kurang 10 minit berlalu.

"Sayang, jangan macam ni. Hati abang sakit tengok sayang menangis. Dahlah tu. Mari kita solat. Orang makin ramai ni nanti tak de ruang pulak. Mari sayang." pujuk dan pujuk lagi oleh Taufiq sehingga dia keluar dari tempat duduknya dan menuju ke arah Noru.

"Terima kasih, abang. Sebenarnya Noru dah reda menangis. Noru mainkan abang je tengok abang pujuk punya pujuk Noru rasa terharu tu yang menangis. Pandai saya berlakon kan?" Noru mengelap air mata yang bersisa sambil senyum mengenangkan pujuk suaminya.

"Oh! Ni mainkan abanglah ni? Pandai sayang ye? Tak pe, tengoklah abang buat macam mana kat sayang nanti bila sampai rumah. Emm.. tengoklah." Taufiq melangkah meninggalkan Noru yang masih ketawa melihat wajah Taufiq.

"Abang! Tunggulah! Noru tak takutlah! Abang nak buat apa kat Noru?" Noru sempat sampai ke arah Taufiq dengan mmbimbit beg kain telekung.

"Tak takut? Jangan menyesal pulak ye. Okey nanti kita jumpa kat sini tau. Jangan pergi mana-mana. Beli kerepek ke beli kuih ke jangan beli apa-apa. Faham? Dah abang pergi dulu." Taufiq melangkah ke tempat ruang surau lelaki yang terletak di sebelah kiri tandas dan surau wanita di sebelah kanan tandas maknanya surau tu berada di tengah-tengah antara surau lelaki dan surau wanita.

"Baik bos."

Noru pun apalagi dia buatlah tabik hormat dan sengih sebelum Taufiq melangkah meninggalkan tempat mereka bergaduh. Bergaduh? Lebih kurang bergaduhlah walaupun nampak macam berborak je. Walaupun nampak bergaduh tapi mereka bergaduh sayang je tu.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now