Hatiku... Alirkan Cinta Dia

33 1 0
                                    

BAB 23

Noru menuruni tangga dan terus menuju ke dapur. Dia mendengar bunyi kuali dan periuk berdendang sayang. Berdentang-dentung hebat sekali bunyinya. Bising.

'Sape tu erk? Kalo suami aku sekarang ada kat atas. Spotcheck lah apalagi.'

Alangkah terperanjatnya Noru apabila melihat seseorang yang dikira sudah peringkat umur sibuk kehulu ke hilir menyediakan makan malam. Tiba-tiba orang itu memandangnya dan tersenyum. Dan Noru masih terpegun berdiri tegak keras kejung di pintu dapur.

'Ni lebih tua daripada mama.'

Tanpa teragak-agak Noru menuju ke arah mak cik itu. Noru berhenti di simpang tiga berhadapan dengan meja. Dia memerhatikan gelagat mak cik itu dengan kepelikan. Berkerut-kerut dahinya melihat mak cik tersebut. Berjalan lenguk menuju di hadapannya. Ilusi dia melihat mamanya sebegitu.

Sedang dia memerhatikan mak cik itu, mak cik itu menyergahnya. Terkejut beruk Noru sehingga dia mengurut dada sambil beristighfar.

"Hah!"

"Ya Allah mak cik terkejut saya. Mak cik ni sape? Buat ape kat sini?"

"Janganlah panggil mak cik, panggil Mak Som. Mak Som jaga keperluan Taufiq. Noru.."

Tidak sempat untuk Mak Som meneruskan kata, si minah gelebeh ini sudah menyampuk.

" Mak cii.. ops.. Mak Som kenal saya? Mak Som masak apa ni. Boleh Noru tolong?" mendadak sahaja soalan.

" Kenal. Taufiq ada cerita. Hmm.. Boleh jugak.. pergi ambil nasi dan lauk letak dalam bekas. Noru belum makan lagi ke?"

"Belum mak cik. Nak letak sikit ke banyak?" tanya Noru sibuk memulakan kerjanya.

"Letak sedang-sedang je. Emm... tak yah letak banyaklah tak ada orang makan jugak." pandang Mak Som ke arah Noru untuk melihat berapa banyak Noru letak nasi seterusnya lauk.

"Tak singgah kat mana-mana ke?" tanya Mak Som sambil mengacau air minuman berperisa oren buah campur.

"Singgah tu singgah tapi Taufiq je makan saya tak makan, Mak Som." sayu sahaja jawapan Noru.

"Yang ayat macam sedih ni dah kenape?" tanya Mak Som setelah menyiapkan segala hidangan di atas meja yang dibantu oleh Noru.

***

Beberapa jam kemudian, Taufiq turun dengan wajah yang begitu ceria. Dia bersiap dengan kemas berpakaian t-shirt Polo hitam berlengan pendek dan seluar khaki hitam. Berkabung ke Taufiq ni?

"Ehh! Nak kemana wajah ceria semacam ni pakai lawa-lawa ni." soal Noru.

Noru yang duduk di meja menunggu Taufiq tetapi bila dia lihat penampilan Taufiq terus dia bertanya.

"Abang nak keluar kejap. Jumpa kawan. Kejap je ni."

kaki Taufiq melangkah ke rak kasut tanpa memandang wajah empunya badan yang bertanya.

"Marilah makan dulu."

Noru memegang bahu Taufiq yang sedang memakai kasut dan terus meluru ke arah kereta.

"Tak apalah. Abang dah lambat ni. Abang pergi dulu."

Taufiq sudah membuka pintu kereta miliknya. Tiada pandangan yang selama ini yang indah di berikan kepada Noru. Dia sibuk dengan memikirkan urusan luar yang perlu diselesaikan. Wajah isteri yang kepelikan dan berkerut itu, tidak diambil endah.

"Noru ikut boleh? Noru tukar baju kejap je ni." pertanyaan Noru itu menyebabkan dia berpaling memandang Noru.

"Nak ikut? Tak payahlah, abang pergi kejap je ni. Okey?"

Ketika itu, Taufiq sudah masuk ke dalam kereta. Dia tidak menghiraukan Noru yang berada di luar. Noru ketuk-ketuk pada cermin kereta barulah Taufiq turunkan cermin tersebut.

"Jangan balik lewat sangat tau."

Inilah pesan Noru kepada Taufiq sebelum berganjak ke belakang sedikit dari kereta dengan perasaan sedih. Sayu. Nak nangis je tu.

"Ye, sayang. Abang gerak dulu. Assalamualaikum."

Noru terus masuk ke dalam rumah dan tidak teringat langsung yang dia perlu menyalami Taufiq. Apabila dia teringat untuk salam, dia ingin bergerak ke arah Taufiq namun kelihatan sudah tiada bentuk kereta di pandangannya.

'Malam-malam macam ni pun dia nak keluar? Tanpa menghiraukan aku isteri dia ni kat rumah. Hebat sangat ke kawan dia tu? Sampai sanggup aku ditinggalkan?' Noru monolog dalam hatinya. Menitik satu airmata sebelah kiri matanya. Sedih sangat. Kenapa Taufiq buat macam tu pada dia? Tapi dia tak kata nak pergi jumpa kawan pun. Dia sorok sesuatu kat aku. Ya. Naluri aku menyatakan sedemikian.

Sampai sahaja di depan meja, tekak Noru rasa tak nak masuk ke dalam mulutnya. Itu maknanya, Noru tak ada selera. Noru melangkah longlai menuju ke bilik Taufiq yang tersergam cantik lagi menarik bilik dia memang gedebuk. Dia jatuh tersembam di tangga terakhir ketika dia ingin melangkah menuju bilik zaujnya.

'Aduh! Sakit betul kaki aku. Awat hang ni, sakit tau tak! Tak pandang kiri kanan langsung. Tengok, perut aku dah nyanyi karaoke semula.' Noru menyalahkan kakinya padahal salah dia. Dia yang termenung mengenangkan sikap Taufiq sehingga tersadung di tangga.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now