BAB 12

29 0 0
                                    

"Mak su cepatlah jalan! Lambat betul Mak Su jalanlah!" ngomel Zara ketika melangkah keluar dari lif untuk menuju ke arah bahagian mainan.

"Amboi, pandai ye? Mak su ajak balik kang? Baru tahu!" Medina mengertak Zara yang sudah pun ke depan seorang diri manakala dia pula bersama dengan? Siapa lagi, kalau bukan? Taufiqlah!

Mereka sampai lebih 30 minit yang lalu tetapi tetap belum mencari barang yang patut di Capital Mall yang mana dulu dipanggil sebagai East Cost Mall kerana sudah bertukar pemilik. Capital Mall salah satunya berada di Kuantan berhadapan dengan Hotel Zenith.

"Pandai betul Zara ni kan? Nanti anak kita macam mana pulak ye?" Taufiq setia berada bersebelahan dengan isterinya walaupun ramai anak dara yang memandang Taufiq dengan perasaan yang tak terkata. Gembira? Terkejut? Tak buat kisah?Ada belaka. Kenapa? Ye lah Taufiq Mikhael tu dah lah punyai pakej yang cukup lengkap...

Tinggi

Punya alis mata yang lentik,

Bentuk badan yang tegap

Rambut tersisir kemas

Mata terbentuk helang. Tajam!

Dua ulas bibir yang merah menandakan tak pernah sentuh benda haram itu

Hidung mancung kerana berketurunan Arab

Jadinya ada unsur Arab-Melayu

Dan sekarang memakai t-shirt Calvin Klein berwarna kelabu dan sepasang seluar khaki berwarna hitam. Bercermin mata terletak di kolar bajunya.

Ye, dialah Muhammad Taufiq Mikhael. Kata-kata sentiasa lembut meniti di bibirnya. Tak pernah berkasar dengan wanita tapi bila dia rasa perkara tu amat buat dia marah maka setiap orang tak boleh menyampuk apa yang diucapkan.

"Gatalnya awak ni. Tak tau malu. Baru kahwin dah fikir pasal tu. Awak fikir sorang je lah. Saya tak nak fikir buat masa ni. Malas dan... whatever." Medina terus berjalan meninggalkan Taufiq yang masih terkejut dengan kata-kata itu.

'Susah betul nak tackle hati sang isteri sorang ni. Alahai.'

Setelah lebih sejam mencari barang untuk Zara, mereka menuju ke tempat letak kereta yang mana Taufiq letak kereta di aras 2.

"Mana Pak Su ni Mak Su?" Zara yang tengah mengantuk tahap gaban itu, menanyakan soalan sambil lewa kepada Medina yang tengah menelefon Taufiq.

'Mana dia ni? Telefon tak dapat-dapat ni?'

"Zara nak tidur ke? Kita cari Pak Su dulu ya?" Medina memandang Zara yang tengah memegang barang mainannya sambil menyandarkan badan di kereta dan memejamkan matanya.

"Tak ada lah! Jomlah Mak Su, cari cepat balik cepat." Zara memimpin tangan Mak Sunya supaya tidak hilang.

Medina mencari Taufiq dan menelefon dia tapi tetap tak di angkat. Tiba-tiba, kelihatan satu susuk tubuh yang amat dia kenal iaitu suaminya, Taufiq.

'Dia cakap dengan siapa tu? Aku kenal? Tak. Pandai betul dia nak cari pasangan hidup yang lain. Baru sehari kahwin? Dah cari pucuk muda yang baru? Janji palsu betullah dia ni!' Medina mendekati Taufiq yang sedang berborak sakan.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now