Hatiku.. Alirkan Cinta Dia

50 0 0
                                    

BAB 16

Tok! Tok! Tok!

'Siapa gerangan yang menganggu ketenteraman aku ni? Nak kena ni.' suara hati Taufiq yang tengah membara hati itu. Taufiq meraup mukanya sebelum melihat wajah Noru yang tengah menayang senyuman kemenangan.

Taufiq tunjukkan jari telunjuknya kepada Noru menyatakan 'Tunggu' lantas itu, Noru terkekek ketawa dan menganjing pada Taufiq, 'Wuwekk.'

Taufiq membuka pintu dengan perasaan geram dan berwajah keruh dan marah. Apabila melihat muka Hairul terus Taufiq memaniskan wajahnya menjadi semanis-manisnya.

"What's bro?" menanyakan soalan yang tidak ikhlas langsung dan langsung tiada dengung.

"Tengah buat apa? Aku nak dapat anak saudara ke?" sengihan diberi oleh Hairul.

"Sibuklah kau ni. Nak apa?" dengan lemah gemalai Taufiq menanyakan soalan sekali lagi.

"Jom turun makan. Semua orang dah tunggu tu." Hairul menjengulkan sedikit kepalanya melihat keadaan dalam bilik.

"Okey, nanti kitaorang turun." Taufiq terus menutup pintu tanpa melihat muka terkejut Hairul.

"Kenapa abang buat Abang Hairul macam tu. Tak eloklah." Noru menyisir rambutnya yang ikal mayang itu lalu mengikat rambutnya menjadi sanggul.

"Abang awak panggil makan. Jomlah, abang dah lapar ni." Suara tanpa perasaan menunggu Noru di katil untuk turun sama-sama menghadap makanan yang disediakan. Cewah! macam pergi kursus pulak.

"Laa... kenapa lah awak tutup pintu pintu. Jom kita keluar makannye." Noru menarik tangan Taufiq yang tengah masam mukanya.

Noru menghentikan langkahnya di hadapan pintu dan dituruti oleh Taufiq.

"Laa... kenapa awak berhenti depan pintunya. Kesian diorang tunggu kita. Jomlah." Taufiq pula yang mengajuk cakap Noru lalu memulas tombol pintu tetapi dihalangi oleh badan Noru.

"Noru ja..." Taufiq tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya kerana ada sebuah kucupan pertama kali bibir mungil Noru menyentuh pipi kiri Taufiq.

"Noru tak nak abang masam muka dah macam asam keping jual kat kedai." walaupun ada perasaan malu dalam dirinya namun dia tetap buang keegoaan itu untuk suami yang disayangi.

"Eleleh...suka lah tu." Noru menyakat Taufiq yang sama-sama sudah merah muka.

"Of course lah suka. First time tau sayang buat abang macam ni. Thanks." dahi Noru dicium oleh Taufiq.

***

Noru melangkah ke arah susuk tubuh lelaki yang tengah menghirup minuman kegemarannya pada waktu malam begini setelah mereka selesai makan malam.

Noru melangkah ke arah lelaki itu dengan perlahan agar tidak didengar oleh lelaki itu.

"Haa!"

Terperanjat yang amat oleh lelaki itu. "Hisy, apa lah adik ni. Nak abang jadi hantu ke?" lelaki itu mengurut dadanya yang tegap itu.

"Ololo. Yelah Encik Hairul, abang nak jadi hantu? Jangan abang, nanti merana Akak Ita kan?" tergelak-gelak Noru.

"Gelak lah. Nak kena cubit ni." Hairul cuba ingin mencubit pipi Noru tetapi Noru lebih pantas cubit Hairul tanpa sempat Hairul ingin cubit pipi Noru itu. Kalau Noru cubit memang sakit, terus Hairul berhentikan apa yang dilakukan oleh Hairul.

"Ha? Apesal berhenti?"

"Tak nak mainlah. Macam mana jadi cikgu entah cubit anak murid macam ni." Hairul mengosok tangannya yang putih menjadi merah itu akibat cubitan berbisa Noru itu.

"Alahai, ciannya. Emm...abang? Ada apa abang panggil Noru?" menanyakan kenapa Hairul memanggilnya.

"Err... abang nak tanya." Hairul memulakan pertanyaannya yang semenjak dari semalam memikirkan tentang kenapa adiknya bersetuju berkahwin dengan orang lain sedangkan Noru pernah beritahu yang sukakan seseorang bukan Taufiq.

"Tanya apa? Jangan buat adik nervous semacam."

"Sebenarnya, kenapa adik terima pernikahan ni?"

Terkejut Noru mendengar soalan yang keluar dari mulut abangnya, Hairul.

"Kenapa abang tanya?"

"Eh! Tanya kita pulak. Adik kata adik sukakan kat seseorang bukan Taufiq. Betulkan?"

"Ya, betul. Adik minat kat abang Firdaus tapi mama tak terima dan adik juga terima perkahwinan ni sebab mama. Adik tak nak ada kekecewaan di raut wajah mama tu." panjang lebar Noru memberikan faktor kenapa dia menerima semua ini.

"Adik dah mula sukakan Taufiq?" pertanyaan yang menyebabkan Noru diam.

"Kenapa adik diam? Betul abang cakap ni?" Hairul menduga Noru. Dia memghirup sedikit air kopi sambil mengerling ke arah adiknya yang tunduk memandang jemari miliknya.

"Adik... belum terima dia sepenuhnya lagi, abang. Sebab..."

Noru tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana Hairul memintas percakapannya.

"Sebab adik masih teringat pada Firdaus? Macam tu?"

Melihat anggukan daripada Noru, terus Hairul merasakan dia perlu lakukan sesuatu sebelum berlaku apa-apa di kemudian hari.

"Adik, adik tak boleh buat macam tu. Adik dah ada suami, adik perlu hilangkan rasa cinta dan teringat kat Firdaus. Lebih baik adik cinta dan teringat pada suami adik iaitu Taufiq. Abang tengok pun Taufiq tu baik, dia miliki ciri-ciri dambaan wanita tau. Tengok Kak Ita pun terpegun melihat keperibadian Taufiq tu. Adik tak rasa tergugat ke? Abang rasa tergugat tau. Adik terimalah Taufiq sikit-sikit, ye dik?" panjang lebar Hairul memberi nasihat kepada Noru yang tengah diam memandang rumput yang menghijau.

"Tak apelah adik, abang masuk dulu nak tolong Kak Ita kemas barang. Adik balik esok jugak kan? Tak nak kemas ke? Takkan Taufiq nak kemas pulak. Kan dia tengok benda kecil adik tu, siapa malu? Adik jugak. Dahlah abang masuk dulu." bangkit Hairul dari kerusi yang didudukinya seraya itu berlari anak masuk ke rumah setelah melihat Noru yang cuba mengejarnya.

"Hisy! Abang ni kan! Nak kena ni!" Noru mengejar Hairul yang sudah pun melangkah masuk ke pintu utama rumah mereka. Apabila Noru memasuki pintu, dia melihat Taufiq yang tengah bermain dengan Zara.

Setelah beberapa minit Noru melihat situasi itu, dengan langkah berat Noru jejak juga langkah menghampiri Taufiq. Taufiq tidak perasan dengan kehadiran Noru itu.

"Emm... abang? Jom naik atas kejap." Noru berlalu dengan selamba menginjak naik ke biliknya.

Taufiq yang sedang seronok bermain dengan Zara, terkejut dan pelik. 'Apahal pulak ni?'

"Zara, Zara main dulu. Pak Su nak naik atas." Zara yang duduk di atas riba Taufiq, Taufiq letakkan ke permaidani.

SATUKAN KAMIWhere stories live. Discover now