Untuk satu tempoh waktu ditemani secawan kopi dan sepotong kek lapis coklat jenama Apollo. Merenung vacuum kosong dengan angan-angan evolusi dari minda. Jauh mengelamun, meletakkan diri dalam satu tempat aturan perjalanan yang mahu dirangka rancang seelok mungkin.
Cuma yang nampak titik-titik hitam dari calit-calit warna dari latar putih. Atau mungkin sebenarnya calit-calit bulat putih dari latar warna hitam.
Sama sahaja. Bezanya aku. Arah mana aku canangkan hidup.
Melihat warna hitam dan putih itu silih berganti, aku naik bosan. Harusnya aku perlu memilih option yang lain pula. Tapi apa?
Aku penat dengan namanya hidup. Kadangkala memikirkan mati lebih mudah.
Tak akan ada penghujungnya jika begini nukilanku. Aku naik bosan mahu menyusun kata. Naik runsing mempersembahkan jiwa. Naik remeh dengan perasaan.
Mungkin ada benarnya; lebih baik diam dari berkata-kata.
Kopi dihirup, kek digigit sedikit. Kembali termenung dan mencari diri sendiri. Hanyut.
YOU ARE READING
DAYYA-ISM
Random"Aku seorang pemikir yang mengalirkan tinta rasa ke muara hati tiap-tiap kalian." ; kalau tidak dapat kalian rasakan sekarang, mungkin saja nanti. (Bila aku sendiri sudah tidak ada lagi) Bukankah pemikir itu cuma diangkat fikirannya bila dia suda...