26

4 1 0
                                    


 Yang berkampung pada hujung rasa itu bukan calang-calang amanah. Yang tertakluk jelajah itu bukan cuma kuntum-kuntum kosong sahaja. Semuanya adalah wilayah kumbang mencari madu. Dan pada dasar yang belum siap menjadi jambatan, belum pernah ada yang berani melangkah pada rangkai antara dua pilihan. Sedang sudah ada yang menunggu pada akhir garisan.

Aku pula, sebagai seorang penulis-- cuma mampu memerhati untuk tahu akhir sinopsis itu bagaimana coraknya. Aku harap ceritera itu tertulis dengan telanjang senyum berbanding sorok tangis.

Semoga yang paling baik adalah pilihan yang benar. Aku sentiasa doakan yang terbaik.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now