30

3 1 0
                                    

  Serabut.

Bila serabut aku akan tidak sedar bahawa dunia sedang berlari dan aku menjadi objek pegun memandang sekeliling yang pantas. Bila sedar larian aku sudah terlalu jauh tertinggalkan. Dalam termangu-mangu untuk turut sama ke garis penamat, aku menjadi tidak mahu hiraukan apa pun jua. Sehingga yang kembali pada garis penamat itu adalah aku yang sudah hilang nyawa dari jasad. Aku yang pulang pada garis akhir itu kerana permainan aku dihentikan. Dari hujung sana kumpulan manusia menjerit memaki mencaci aku, ada juga yang menangis melihat kekalahan aku.

Apa mungkin kekalahan aku dipanggil kekalahan tanpa bertanding?

Tidak, aku bertanding. Tapi aku kalah dan keluar dari permainan kerana aku sudah mati. Dan kematian itu bentuknya tidak dapat aku ceritakan dalam figura apa. Cuma yang mampu aku katakan, ia mati dan diusung keluar menjadi sampah.

Kumpulan yang menangis tadi, kurang dua saat akan melupakan aku. Meneruskan kehidupan mereka. Andai mereka itu adalah kumpulan sorak, maka mereka akan meneruskan rutin tugasan itu. Hanya aku yang kaku di hujung suatu sudut, dibuang.

Dan salah itu hanya aku. Kerana serabut di pertengahan pertandingan. Dan menjadi tidak relevan kaku di tengah gelanggang.

Tapi, aku masih mahu bertanding meski aku sudah disampahkan.

Sebab hidup adalah cagaran permainan. Ia token sama diulang guna pada bentuk mesin berbeza. Sampai saat nanti aku benar-benar mati dihumban dalam tanah- selagi itu aku cuma token permainan yang mencagarkan mesin hidup pilihan aku sendiri. Kerana yang bermain juga adalah aku.

Pasti tidak kau faham sebab yang kritis otaknya di luar kotak adalah mereka yang turut sama merasa seperti apa yang aku rasa dan keberadaan itulah membuatkan dia berada dalam lingkung aku.

Kau faham? Tahniah.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now