11

6 1 0
                                    

 Sekuntum bunga di tangan sedia untuk dihulur, aku cium dahulu sambil menikmati wajah tampan di hadapanku. Aku tersenyum. Jika ada pak cik yang suka sembur-sembur air dan gelar dirinya sebagai bomoh, tentu dia akan kata bunga yang dalam genggam tangan aku itu ialah sejenis ubat pukau.

Sebenarnya dia tidak tahu, yang memukau aku adalah jejaka itu. Dan bunga itu berubah menjadi hati bila sahaja jejaka itu mengambilnya. Suasana tiba-tiba meriah dengan kicau burung merdu.

Seekor burung berwarna emas menghampiri jejaka itu. Di paruhnya ada mahkota raja dan dengan cermat disarungkan ke kepala lelaki itu. Wujudlah dia sebagai raja dalam dunia ciptaan aku.

Mereka gelar aku perempuan sihir. Mereka tidak tahu sebenarnya akulah gadis magika.

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now