27

5 1 0
                                    

 Gigih itu bila kau tahu kuasa kau kuat dari yang lain. Seperti Ultraman. Dia gigih menentang raksasa kerana dia tahu dia punya kuasa lebih dari orang biasa. Kau tahu, untuk capai tahap gigih itu kau kena punya satu perkara paling unggul. Biarkan Ultraman dengan lampu berkuasa tinggi di dada. Kita-kita ini manusia normal. Cuma ada satu yang kita perlu untuk menjadi kuat dari kebiasaan orang. Matlamat.

Bila kita sudah punya matlamat, kita akan jadi kuat dari orang lain. Dari situ kita akan menjadi manusia gigih.

Pada waktu sekarang, aku cuma bajingan biasa. Aku tidak kuat sebab aku sudah hilang daya bertarung dari awal. Aku hilang semangat. Seseorang pernah berkata, "tak perlu semangat, yang perlu cuma rajin." Dan pada akhirnya siapa kita pada masyarakat adalah seorang yang gagal atau berjaya. Masyarakat tidak meletakkan taraf pada antara keduanya. Ianya cuma satu; antara berjaya atau gagal. Hitam atau putih.

Dan atas dasar itu, aku perlu rajin. Sebab bajingan macam aku mana faham erti kuat. Mana erti maksud gigih.

Tapi ramai juga orang tidak tahu bahawa rajin ini juga laluan alternatif untuk aku mencipta matlamat. Cuma jalan aku agak jauh. Tanpa lampu kiri kanan. Biarkan begini, lebih baik. Aku sudah penat bermain dengan bayang-bayang. Bila ada cahaya, akan ada bayang-bayang. Maka biar aku berjalan dalam gelap sebab garis akhir masih sama. Mengejar gigih. Dan yang pasti tanpa wujud bayang-bayang.

Aku yakin, semana mahu aku-- aku akan peroleh  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now