16

3 1 0
                                    


 Dalam bayang fikir aku, sentiasa ada seorang gadis dengan magis dari seisi dunia dalam genggam telapak tangannya-- bercahaya penuh dengan aura tujuh cakera warna.

Dan gadis itu aku perincikan sebagai aku. Menutup mata, cuba menyerap serba serbi tenaga yang ada untuk di beri pada seluruh tubuh sendiri. Gadis itu mahukan kondisi terbaik yang boleh dicapai, namun campuran tujuh tenaga itu entah bila menjadi gas berbisa tersalur ke laluan saraf terus ke kepul otak yang waras.

Sudahnya gadis itu berkecimpung dalam kepayahan takluk mahu dan erat benar limitasi yang pasti.

Gadis itu sudah lama membayangi aku. Aku harus menukar bayangan itu dengan lakaran yang lebih harmoni nilainya. Ada di sini pelukis handalan yang bisa membiarkan aku melukis semula lukisan baru dalam bayang fikir yang aku pertaruhkan lama dulu?

Aku mahu seorang gadis yang baru.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now