Seorang perempuan berkemban duduk di serambi rumahnya, tepi hutan. Dalam kendongan dia itu ada seorang anak kecil. Dia keseorangan, tidak punya suami. Dia sudah berkahwin cuma tidak bernikah. Kerana itu dia terhumpan di ceruk kampung, menutup malu.
Dulu waktu perutnya masih membusung bulat, setiap petang, perempuan itu pergi ke pekan. Pakaiannya tetap berkemban hingga digelar orang akan dirinya Kalakatu Hutan. Akan sebab dia digelar begitu, tidak ada kaitan dengan haiwan kalakatu yang kecil bentuknya itu dan bisa pula terbang waktu malam. Haiwan kalakatu itu tidaklah pula secantik rama-rama, apatah lagi mulia seperti kunang-kunang si pemberi cahaya waktu malam.
Kerana itu dia digelar Kalakatu Hutan. Namanya itu masih lekat hingga kini.
Bezanya kini, dia ke pekan waktu petang mencari sesuap nasi untuk anak kecilnya. Itu renggek Si Kalakatu Hutan itu setiap kali mohon diberi pekerjaan. Rengeknya tidak pernah dihiraukan. Tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada siapa pernah dapat melihat tangis sesal sebal dia.
Perempuan itu sebenarnya tidak pernah sedar, dia sudah mati sewaktu melahirkan anak kecil itu. Mungkin sekarang sebenarnya dia cuma roh yang tidak tenteram.
Ah, jangan sahaja dia itu seekor pontianak!
YOU ARE READING
DAYYA-ISM
Random"Aku seorang pemikir yang mengalirkan tinta rasa ke muara hati tiap-tiap kalian." ; kalau tidak dapat kalian rasakan sekarang, mungkin saja nanti. (Bila aku sendiri sudah tidak ada lagi) Bukankah pemikir itu cuma diangkat fikirannya bila dia suda...