38

2 1 0
                                    

 Adakalanya kita terpaksa menidakkan sesuatu yang benar demi menjaga kewajaran sesuatu perkara. Namun kadangkala, ia terlantik secara sendirinya menjadi hipokrasi. Ah, hipokrasi itu sangat besar maknanya. Boleh tak kalau aku mahu samakan hipokrasi dengan munafik?

Aku tidak suka pada usul hipokrasi kerana pada aku kalau sungguh tidak mahu kau khabarkan sesuatu, maka diamkan. Kerana dalam diam itu kau tidak mereka-reka alasan apatah lagi mencipta ilusi selain apa yang perlu ada. Aku lebih senang menerima pahitnya kejujuran dan kebenaran dari terus terpedaya pada helah dan tipu daya. Hipokrasi dalam hidup mesti dan tidak boleh tidak; haruslah dijauhi.

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now