Ada sekuntum bunga-- kita namakan bunga itu bunga mawar yang disebut orang wangi dan berduri.
Kisah sekuntum bunga ini bermula bila sekumpulan pelajar berjalan ke luar kota. Mereka singgah di taman. Di sana, kuntuman bunga yang mekar ini jelas dipandang. Nakalnya salah seorang dari mereka pergi mendekat dan dicium maawar itu. Wangi dan dia tersenyum.
Pada saat dia mahu mencium dan menikmati keindahan mawar tersebut, seorang temannya yang lain datang dan dengan kasar memetik mawar tersebut. Jarinya berdarah tapi dia tersenyum puas.
Selepas itu, mawar tersebut dibuang sahaja. Langsung dia tidak menghargainya. Sedang mereka mahu melangkah pergi, lelaki pertama tadi mendekat semula pada mawar yang hampir layu. Serinya kian hilang. Dia letakkan mawar itu dalam kedua telapak tangannya. Dan dengan berhati-hati bunga itu di bawa pulang.
Dia keringkan mawar tersebut. Dan jadikan ia perhiasan indah di kamar.
Suatu hari, temannya yang pernah meragut mawar itu datang ke bilik dia. Lalu berkatalah dia, "Cantik mawar itu. Semakin berseri bilik kau!" Maka lelaki itu memberitahu bahawa itulah mawar yang pernah dia persiakan dulu.
"Kau tahu, kalau waktu itu kau ambil ia dengan cara yang lebih baik, ia tentu lebih indah." Begitulah perbualan mereka berakhir. Kata-kata itu singgah tepat pada saat sebelah kaki sudah berada di luar rumah.
Dan hingga ke hari ini, bunga mawar itu masih cantik pada tempatnya. Setiap kali pulang dari bekerja, lelaki itu akan memandang perhiasan mawar itu sehingga letih dan lelahnya hilang.
YOU ARE READING
DAYYA-ISM
Random"Aku seorang pemikir yang mengalirkan tinta rasa ke muara hati tiap-tiap kalian." ; kalau tidak dapat kalian rasakan sekarang, mungkin saja nanti. (Bila aku sendiri sudah tidak ada lagi) Bukankah pemikir itu cuma diangkat fikirannya bila dia suda...