13

5 1 0
                                    


 Aku pandang buih-buih sabun yang ringan terapung. Ada perkataan dalam setiap satu gelembung buih itu. Aku pandang, mahu pilih yang terbaik. Dari satu buih itu aku jumpa satu kata kunci untuk aku deretkan perkataan-perkataan lain menjadi baris ayat dan cerita lengkap. Lama aku pandang untuk betul-betul pilih yang terbaik. Sedar-sedar, buih-buih itu sudah tamat jangka hayatnya. Perkataan di dalam itu pula gugur tak sempat diselamatkan.

Akhirnya, aku hilang perkataan.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now