23

3 1 0
                                    

 Hai, nama aku ayam. Aku ada seorang kawan. Namanya itik. Setiap kali kami berbicara, tiada satu apa pun yang sependapat. Sentiasa berbalah. Sentiasa menuduh salah. Yang sendiri kata mahu tegakkan benang basah sampai jelas lurus bendul.

Semua perkara kami bincangkan. Dari isu politik, agama hatta sampai kepada isu-isu romantika perhubungan. Semuanya langsung tidak kena di mata masing-masing.

Tapi bila lagi banyak kami berdebat, lagi banyak kami faham. Perdebatan kami itulah yang mengajar kami berfikir secara matang. Hei, kalau rapat tak semestinya semua kena sebulu kan? Kadang-kadang, jadi sahaja macam kami.

Tak serupa langsung tapi faham isi hati.

Biarlah orang kata kami macam bercakap ayam itik. Kami tak peduli, sebab kami kawan baik.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now