32

3 1 0
                                    

 Teringat sesi sembang bawah pokok dengan seorang kawan.

Kau ni bila mahu tulis benda-benda yang ilmiah sikit? soal dia, kawan aku.Aku senyum sahaja. Reaksi pada muka pulak kosong. Senyuman kosong. Kalau aku tak menulis tentang perkara-perkara ilmiah, adakah aku orang bodoh? Kita-kita ini cuma belajar dari orang bijak pandai sahajakah?

Pada aku, penagih dadah yang bergelimpangan di belakang lorong yang kita kata hina itu juga boleh jadi seorang guru kepada kita yang kita kata bagus ini.

Dia ajar aku tentang hidup. Dia ajar aku untuk tidak ulangi kesilapan dia. Dia ajar aku untuk terus menjadi figura rasional. Dia ajar aku bahawa hidup walaupun tidak indah seharusnya perlu dijalani dengan tabah. Dia ajar aku bahawa kesenangan tidak datang dengan cara mudah. Dia ajar aku untuk jadi gagah. Dia buat aku pandang cermin dan tersenyum kerana imej itu adalah manusia terpilih yang setakat ini masih belum terpijakkan tahi sendiri.

Dia bukan siapa-siapa pada aku. Aku malah tidak tahu nama dia. Mungkin dia sendiri sudah lupa siapa dia. Tapi dia seorang guru-- pada aku.  

DAYYA-ISMWhere stories live. Discover now