Chapter 1

7.8K 359 21
                                    

Berita yang baru diterima sebentar tadi mampu membuatkan nafasnya terhenti buat seketika, dan juga mampu membuatnya menjadi gila!

''Argh!! Omma apa ni? Kahwin? Saya tak nak kahwin!!'' Seungcheol sungguh lantang bersuara mempertahankan dirinya.

''What? What you say? Tak nak??! omma tak kira minggu depan dah kena kahwin!'' ujar Puan Choi dengan nada yang tegas.

''Tapi .. saya budak sekolah lagi .. apa pulak nak kena paksa kahwin ni?'' Tanya Seungcheol yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan dari ibunya itu. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba disuruh kahwin?

''Apa salahnya? Kamu tu bukannya budak kecil lagi. Kalau omma minta kahwin lepas tamat sekolah, tentu seribu satu alasan yang akan kamu beri, entah-entah habis sekolah kamu terus lari pergi oversea pula, lebih baik berumah tangga dari sekarang. Senang dah ada bini kamu nak lari pergi oversea atau sambung belajar dekat sana sudah ada bini teman omma pun taklah risau kamu buat benda bukan-bukan dekat sana." Bicara Puan Choi dengan panjang lebarnya.

Seungcheol hanya terkaku. Kalau ibunya sudah berbicara memang susah untuk dia mencelah.

''So.. next week kahwin ya?'' kata Puan Choi sambil tersenyum.

Seungcheol menghela nafas panjang. "Saya tak nak kahwin!'' Seungcheol masih lagi dengan degilnya membantah cadangan dari ibunya itu.

"Choi Seungcheol! Omma tak kira! Kamu nak ke, taknak ke, kamu kena juga kahwin! Muktamad!'' kata Puan Choi dengan nada suara yang meninggi. Nampaknya anaknya ini benar-benar menguji kesabarannya.

Seungcheol terdiam. Dia terkedu dengan kata-kata dari ibunya itu. Ibunya tidak pernah bertindak sesuka hati memaksanya melakukkan hal yang dia tidak suka, kerana ibunya memahami dirinya, tetapi sekarang?

"Omma, saya taknak..'' rayu Seungcheol.

"Sudah, omma dah tak nak dengar dah, kali ini kamu kena juga ikut cakap omma. Jangan degil!'' sekali lagi jawapan Puan Choi mengecewakannya.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Seungcheol. Matanya melirik memandang langkah ibunya yang sudah ingin beredar itu.

Sekali lagi satu keluhan berat dilepaskan. "Kahwin?" Seungcheol meraup wajahnya berkali-kali. Pening kepalanya memikirkan pekara ini.

***

Cahaya pagi menembus kaca jendela bilik Seungcheol. Lelaki itu terbangun dari tidurnya apabila cahaya terang menerangi seluruh kamarnya, dia kemudian mengosok-gosok matanya. Siapa pula yang telah mengganggu tidurnya pada pagi itu?

"Omma-ahh! Kenapa buka langsir tu? Silau lah saya nak tidur." Omel Seungcheol yang masih dalam keadaan separa sedar.

Senyap. Tiada satu balasan didengari oleh Seungcheol. Seungcheol lantas bangun dari pembaringan, dia mengecilkan matanya. Meneliti susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri berhadapan dengan jedela itu.

Melihat dari susuk tubuh pemilik itu, dia bukanlah ibunya. Siapa pula orang yang berani masuk ke dalam biliknya sesuka hati tanpa kebenaran seperti ini?

Seungcheol yang tadi berada di atas katil terus turun dari katilnya. Lalu dia terus berjalan menghampiri susuk tubuh manusia yang masih tidak berganjak itu. Pandangan masih tidak kelihatan jelas kerana orang itu berdiri membelakanginya, lalu Seungcheol tanpa rasa ragu-ragu terus memegang kedua belah bahu orang itu lalu memusingkan badan orang itu.

Seungcehol memandang wajah orang itu dan..

''Ahhhhh!!!!!''

Seungcheol terus teriak sekuat hati sehingga dia jatuh terduduk ke lantai.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now