Chapter 2

4K 275 19
                                    


Seungcheol merebahkan badannya ke katil sambil matanya memandang ke arah siling di biliknya itu. Dia betul -betul tidak menyangka dengan kata-kata dari ibunya itu..

***

''Choi Seungcheol! Kamu dengar sini! ini peluang terakhir buat kamu. Kamu kahwin atau.. atau kamu bukan anak omma lagi.'' Ugut Puan Choi. Wanita itu terkedu, dia sendiri tidak menyangka kata-kata itu boleh terkeluar dari mulutnya.

Langkah Seungcheol terbantut apabila dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu. Riak wajah Seungcheol terus berubah menjadi terkejut, sukar untuk dia mempercayai dengan apa yang baru didengari itu.

Kata-kata yang baru terkeluar dari mulut ibunya itu, telah membuatkannya terkaku buat seketika.

''Omma, kenapa omma cakap macam tu? Omma are you serious?'' Seungcheol bertanya dengan nada yang ingin tahu.

"Yes, I'm serious! Seungcheol.'' Jawab Puan Choi pendek. Yang sebenarnya kata-kata itu langsung tidak pernah dia terdetik untuk menyatakkannya. Tetapi kerana sikap degil anaknya itu. Akhirnya kata-kata itu terluah juga.

"Kamu fikirkanlah.." tambah Puan Choi.

Seungcheol memandang kearah ibunya dengan pandangan yang lemah. Terasa lututnya juga berasa lemah. Kenapa jadi begini?

''Kenapa omma kata begitu..''

***

''Ahh~''

Seungcheol terus bangun dari pembaringan. Dia mengurut kepalanya. Pening memikirkan apa yang sebenarnya telah terjadi.

''Omma tak mungkin akan cakap macam tu dekat aku! Aku yakin mesti omma ada sembunyikan apa-apa dari aku. Aku memang tak akan kahwin dengan perempuan gila itu! Tidak akan!'' kata Seungcheol dengan tegas mempertahankan perinsipnya.

Tetapi Seungcheol kemudian terdiam kembali. Lelaki itu mula memikirkan adakah benar apa yang dikatakan oleh ibunya itu? Mengapa ibunya tergamak mengugutnya serta memaksanya begini?

''Arghh!!!'' Seungcheol menjerit sekuat hati menghilangkan tekanan di dalam kepalanya.

''Okay, Choi Seungcheol.. rileks.'' bisiknya yang cuba untuk menenangkan dirinya itu.

"Ah! Appa! Aku kena telefon appa!" dengan pantas saja dia mencapai telefon yang berada di meja kecil disebelah katilnya itu. Nombor telefon seseorang di dail dan talian telah disambungkan.

"Hello.. Appa!'' ucap Seungcheol gopoh.

"Hello, ya Seungcheol ada apa kamu telefon appa ni?" kedengaran suara Tuan Choi menampar cuping telinga.

"Appa! Omma suruh saya kahwin!'' luah Seungcheol di dalam talian.

"Haish! Kamu ini appa ingatkan apalah tadi. Appa dah tahu..'' beritahu Tuan Choi dalam talian.

"Appa dah tahu? Jadi appa pun setuju?" tanya Seungcheol yang memerlukan kepastian dari bapanya itu.

"Yalah, lagipun calonnya bukannya siapa-siapa pun kan?" kata Tuan Choi kembali.

"Apa yang bukan siapa-siapa appa? Perempuan gila tu? Appa tolonglah saya.." rayu Seungcheol.

"Ish! Sudahlah appa ada banyak kerja dekat sini. Kamu tu jangan nakal-nakal dengar cakap omma. Lagi sebulan appa akan balik ke Korea. Annyeong." Kata Tuan Choi sebelum dia mematikan panggilan.

"Appa!'' Seungcheol mengeluh dia belum sempat ingin meluahkan keluhannya kepada bapanya.

Telefon ditangan dicampakkan entah kemana. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Pening memikirkkan masalah yang berada di dalam mindanya itu.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now