Chapter 8

2.8K 212 7
                                    


Miyeon berjalan keluar dari bilik rawatan tersebut. Kelihatan Joshua sedang duduk di kerusi yang berada berhadapan dengan bilik itu.

"Eh! Joshua awak tak masuk kelas lagi?" tanya Miyeon yang pelik melihat Joshua yang masih lagi duduk menunggu disitu.

"Tak, saya tunggu awak. Macam mana? Doktor kata apa?" tanya Joshua yang kini sudahpun bangun dari tempat duduknya.

"Oh! Doktor kata dia cuma terseliuh je, lagi beberapa hari baiklah ..'' jawab Miyeon.

"Hmm.. Miyeon kalau boleh saya tahu.. apa hubungan awak dengan Seungcheol tu? Muka awak nampak risau sangat tadi, korang macam dah kenal lama.." Joshua tiba-tiba bertanya kerana dia yakin Miyeon ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

Miyeon tergamam. Apa harus dia jawab sekarang? Berterus-terang mengenai status dirinya? Tidak! Dia tidak boleh beritahu kepada sesiapa.

"Miyeon?"

"Sebenarnya..''

"Miyeon kawan aku..''

Mereka berdua serentak terus berpaling. Kelihatan Seungcheol sudahpun berdiri dibelakang Miyeon.

"Kitaorang kawan dari kecik, dia sahabat aku..'' tambah Seungcheol lagi.

"Oh yakah? Korang bersahabat? Patutlah Miyeon risau je tadi.'' kata Joshua sambil tersenyum.

Miyeon hanya menunduk kepala kebawah. "Sahabat? Ingat dia dah lupa yang aku ni sahabat dia..''

Seungcheol terus terdiam, kenapalah agaknya dia masih nak mengaku Miyeon sebagai sahabatnya lagi. Dia benci perempuan bernama Kim Miyeon itu. Tetapi hatinya tidak boleh nak membenci Miyeon.

"Okaylah, Miyeon.. saya masuk kelas dulu ya, jumpa awak nanti.'' Joshua berkata meminta diri untuk beredar. Miyeon hanya tersenyum lalu Joshua pun terus mengatur langkahnya untuk beredar.

Miyeon hanya melihat langkah Joshua yang sedang berlalu pergi itu. Entah kenapa Seungcheol berasa agak cemburu apabila melihat Miyeon rapat dengan lelaki lain.

"Perasaan apakah ini..''

***

"Baru first day masuk sekolah dah buat hal, omma tak tahulah apa nak jadi dengan kamu Seungcheol! Kamu tu bukan budak kecik yang setiap hari nak omma berleter je. Cuba ubah perangai kamu itu, kamu tu dah kahwin kamu tahu tak? Omma ingat bila dah kahwin kamu jadi matang sikit tapi? Kamu tu bukan je menyusahkan omma dengan appa kamu juga dah menyusahkan Miyeon sekali tahu tak?'' marah wanita itu sambil mencengkak pinggang. Pening dia memikirkan perangai anaknya ini dulu anaknya tidak seperti ini. Anaknya dulu baik budaknya dengar kata dan hormat orang tetapi sekarang..

Seungcheol hanya menunduk kepalanya kebawah. Ini semua salah lelaki bernama Jun itu! Kalau tidak disebabkan dia tentu dia tidak dimarahi oleh ibunya ini. Sudahlah tangannya tercedera.

Miyeon yang duduk disisi Seungcheol hanya mampu membisukan dirinya. Baru dia tahu bahawa ibu mentuanya kuat juga berleter sampai tak ada peluang untuk dia mencelah.

***

Seungcheol merebahkan badannya di atas sofa. Dia berasa terlalu penat hari ini. Penat dengan semua pekara yang dia lalui,  tangannya sudahlah tengah sakit dan kemudian mendengar leteran dari ibunya itu. Haish! Apalah nasib..

"Awak..''

Anak mata Seungcheol melirik ke arah Miyeon yang sedang menatang dulang berisi bubur dan segelas air, Miyeon tersenyum sebelum meletakan dulang tersebut di atas sebuah meja kecil.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now