"Apa yang korang cuba buat hah?"
"Hai! Penolong ketua pengawas dan pengikut-pengikutnya, takda aku saja je nak berborak dengan ketua pengawas ni. Betul tak Woozi?" Mingyu berkata sambil matanya memandang tepat ke arah mata Woozi. Woozi pantas mengangguk.
"Hmm.. Woozi kenapa kau tak halau dorang? Sekarang waktu rehat.'' Seungkwan berkata sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"A.. Aku..''
"Wey, kau pehal nak sibuk-sibuk suka hati kita oranglah nak masuk ke keluar bukan kelas kau pun kan??" Vernon tiba-tiba bersuara.
"Tak, masalahnya korang tak boleh ada dekat kelas time waktu rehat faham?" Seungkwan berkata lagi yang seperti tidak mahu mengalah.
"Seungkwan, kau nak berdebat dengan kitaorang ke apa sekarang? Kau termasuk orang-orang kau tapi kecuali Woozi lah, mohon berambus sebelum meja dalam kelas ni satu-satu melekat dekat kepala korang semua!'' Mingyu mengugut kelihatan beberapa orang pengawas sudahpun mengundur ke belakang.
"Apa?! Ingat kitaorang takut ke dengan kau?!!'' Seungkwan bersuara.
"Korang bawa dorang semua pergi bilik displin sekarang!!'' teriak Seungkwan.
Mingyu dan yang lain hanya tersenyum. Seungkwan pula berasa pelik kerana tiada respon dari kawan-kawannya yang lain. Dia kemudian menoleh memandang ke belakang. Terbuntang terus mata Seungkwan apabila melihat tiada satu orang pun berdiri di belakangnya.
"Tak guna! Sanggup dorang tinggalkan aku..'' gomel Seungkwan.
Mingyu tersenyum sebelum dia membuka langkahnya menuju ke arah Seungkwan. "So, Seungkwan kau nak..''
"Berhenti! Jangan bergerak..'' Seungkwan tiba-tiba memotong kata-kata Mingyu. Dia mengundur ke belakang dan kemudian terus memecut meninggalkan kelas itu.
"Tahu kau takut.'' Mingyu menoleh memandang ke belakang kelihatan Woozi masih membeku di tempat duduknya.
"Hmm.. susah betullah nak urus budak pendek ni, hidup kau kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh kan?" Mingyu berkata.
"Yah! Lee Jihoon kau dengar sini aku nak kau tutup mulut kau! Kalau aku dapat tahu rahsia ni terbongkar kau orang pertama yang aku cari dulu, mata-mata aku ada dekat mana-mana faham?" ugut Mingyu. Woozi pantas menganggukkan kepalanya. Ya! Pada masa ini dia memang didalam ketakutan. Kenapa dia boleh terdengar semua pekara-pekara ini?
"Bagus, untuk pertama kalinya kau dengar cakap aku. Seungcheol kau jangan risau kalau orang tahu pasal ni kita cari dia dulu.'' tambah Mingyu lagi.
Seungcheol melepaskan satu keluhan berat. Kenapa dia tiba-tiba nekad membongkarkan rahsianya ini? Baru dia sedar yang tindakkannya itu ialah pekara yang paling bodoh yang pernah dia buat.
***
"Pelik.. rahsia apa yang dorang maksudkan tadi tu eh??" Hoshi duduk termenung sambil memikirkan pekara yang baru didengari olehnya itu tadi.
"Hey, Hoshi. Merata-rata kitaorang cari kau rupa-rupanya kau dekat kelas..'' ujar Minghao sebelum dia berjalan ke arah tempat duduknya.
"Kau tak rehat ke tadi?" kali ini Dino pula bersuara yang sudah mendapatkan tempat duduknya bersebelahan dengan Minghao.
"Aku dah rehat dah tadi. Aku cari korang juga ah, korang ada nampak Jun tak? Sejak kebelakangan ni dia dah jarang lepak dengan kita kan?" Hoshi bertanya. Minghao dan Dino masing-masing berpandangan diantara satu sama lain sebelum kedua-duanya mengelengkan kepala mereka.
Hoshi mengeluh, Jun sudah banyak berubah kalau dahulu mereka berempat selalu bersama tetapi sekarang mereka dah tak rapat seperti dahulu lagi.
"Lagipun dia tu dah popular dah sekarang lepas dapat naik kelas..'' kata Minghao.
YOU ARE READING
Arghh!! She Is My Wife?
FanfictionPerkahwinan yang di atur oleh keluarga? Seungcheol langsung tidak menyangka yang ibunya akan menyuruhnya untuk berkahwin pada usianya yang masih mentah itu. Lebih memeningkan kepalanya apabila mengetahui calon isterinya adalah perempuan yang paling...