Chapter 13

2.5K 201 30
                                    

"Argghh!!!''

Sora terus menjerit sambil memegang kaki kanannya yang sudah berdarah itu.

Miyeon terkejut terus datang meluru ke arah Sora untuk membantu gadis itu. Tetapi Sora terus sahaja menolak Miyeon ketepi.

"Pergilah tak guna!! Arghh!!'' Sora merintih kesakitan.

"Miyeon! Sora!''

Jun tiba-tiba telah memunculkan dirinya dan terus datang menghampiri Sora yang sedang mengerang kesakitan itu.

"Argh!! Jun, tolong I, sakit..'' rintih Sora sambil dia memeluk Jun. Jun agak kurang selesa dengan pelukkan itu terus meleraikannya. Mata lelaki itu sempat melirik ke arah Miyeon yang terduduk berhampiran dengan Sora itu.

"Apa yang dah berlaku ni?" Seungchol juga tiba-tiba telah datang memunculkan dirinya.

"Mari, saya tolong awak..'' Jun terus meletakkan tangan Sora ke lehernya dan memapah gadis itu menuju ke tapak perkhemahan. Sora tersenyum apabila melihat Jun datang menolongnya. Tiba-tiba terlintas satu rancangan jahat di mindanya. Dia akan pastikan Jun benci pada Miyeon.

Miyeon masih lagi terkaku disitu. Dia masih terkejut dengan apa yang telah berlaku kepadanya sebentar tadi.

"Miyeon, kau okay?" Seungcheol terus datang menghampiri Miyeon.

Miyeon hanya mengangguk lemah. Kelihatan badan gadis itu mengeletar ketakutan. Seungcheol perasan badan Miyeon bergeletar lalu dia terus menarik gadis itu ke dalam pelukkannya.

Membuntang terus mata Miyeon apabila melihat Seungcheol tiba-tiba sahaja memeluknya begitu. Seungcheol terus memeluk Miyeon buat seketika dan kemudian melepaskan pelukkan itu.

"Korang, apa yang berlaku ni? Kenapa aku nampak kaki Sora cedera macam tu?" Mingyu bertanya selepas dia, Joshua dan Seungkwan sampai ke situ.

"Miyeon, okay tak? Apa yang dah terjadi?" kali ini Joshua pula bertanya. Miyeon hanya mengelengkan kepalanya susah dia ingin terangkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Yang pasti Sora hampir sahaja ingin membunuhnya tadi.

****

"Kenapa kamu boleh cedera teruk begini Sora?'' tanya Puan Lim yang sedang merawat luka di kaki Sora itu.

Sora hanya berdiam buat seketika lalu dia terpandang Miyeon yang sedang berjalan melepasinya itu.

"Miyeon, dia yang tolak saya ..'' jawab Sora dengan nada kedengaran sedikit meninggi itu. Sengaja dia mahu Miyeon mendengarnya.

Miyeon yang terdengar terkejut lalu dengan segera dia terus memalingkan wajahnya memandang ke arah Sora

"Apa? Miyeon tolak awak?'' Jun bertanya dengan nada yang terkejut. Takkan Miyeon sanggup buat begitu?

Sora hanya mengangguk. Sempat juga dia menjeling ke arah Miyeon. Miyeon hanya menundukkan kepalanya ke bawah.

"Kim Miyeon!'' Panggil Puan Lim dengan nada yang sedikit meninggi ..

"Miyeon, betul ke kamu yang telah menolak Sora sehingga dia jatuh?'' Soal Puan Lim.

"Ta-tak saya tak ada tolak Sora pun.'' jawab Miyeon jujur.

"Jujur pada saya Kim Miyeon! Betul awak yang telah menolak Sora tadi?'' Puan Lim menyoal sekali lagi kali ini dengan nada yang lebih meninggi sehingga menyebabkan pelajar-pelajar yang lain telah mendengarnya.

Miyeon masih lagi membisukan dirinya, tiada saksi yang melihat kejadian itu melainkan..

"Kim Miyeon memandangkan kamu tidak mahu mengaku saya terpaksa menghukum kamu. Saya mahu kamu bersihkan kawasan tapak perkhemahan ini. Dan saya akan panggil orang tua kamu untuk datang ke sekolah nanti.'' ujar Puan Lim.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now