Chapter 18

2.7K 208 20
                                    

.....................

"Kim Miyeon!!''

"Nara, kenapa ni?" soal Miyeon kepada Nara sahabatnya itu.

"Kita pergi jalan-jalan nak tak?" ajak Nara.

"Jalan-jalan ke mana?'' tanya Miyeon kembali. Nara terdiam buat seketika.

"Kita pergi taman nak?'' kata Nara.

"Oh, okay kita ajak Seungcheol sekali nak?"

"Ahh! Tak naklah .. saya malulah kalau ada Seungcheol ..'' Nara pantas menjawab.

"Eh! Awak ni.. kenapa pula nak malu? Seungcheol pun kawan kita kan?" beritahu Miyeon.

"Hmm.. memanglah tapi kan .. saya malulah .. sebab saya'' Nara berhenti berkata kelihatan pipi gadis itu bertukar merah.

"Sebab awak?"

"Sebab saya suka dekat CHOI SEUNGCHEOL!'' teriak Nara sebelum dia berlari pergi. Miyeon hanya mampu tersenyum melihat gelagat temannya itu.

"Nara, Nara macam-macam lah awak ni..'' kata Miyeon sendiri sebelum dia mengatur langkahnya mengejar temannya itu.

"Nara tunggu saya!!'' teriak Miyeon.

****

"Kim Miyeon! Cubalah kejar Nara!!'' teriak Nara sambil dia meneruskan lariannya.

"Yah! Nara janganlah lari!'' teriak Miyeon sambil dia terus berlari mengejar Nara itu.

"Kim Miyeon! Cepatlah seberang!!'' teriak Nara yang kini sudah berada di seberang jalan itu. Miyeon memberhentikan langkahnya.

"Awak ni Nara janganlah lari saya penat tau kejar awak ...'' dengus Miyeon.

"Sorry Miyeon.. tapi awak kena janji dengan saya tau!'' teriak Nara.

"Apa dia!'' balas Miyeon.

"Jangan bagi orang lain dekat dengan Seungcheol tau!!! Awak kena tolong saya jagakan dia tau!'' teriak Nara kembali.

"Apa Nara? Saya tak dengarlah!!'' teriak Miyeon.

Nara hanya tersenyum sebelum dia meneruskan lariannya.

"Nara tunggu!!''

Miyeon terus membuka langkahnya mengejar Nara tetapi belum sempat dia menyeberang jalan tu. Miyeon tiba-tiba telah terjatuh akibat tersandung batu.

"Arghh..'' Miyeon merintih kesakitan.

"Miyeon, cepat lari Miyeon!! Cepat Miyeon!!'' kedengaran suara itu menjerit kearahnya. Dia cuba untuk berdiri tetapi entah kenapa kakinya tidak dapat bergerak. Kelihatan ada sebuah kereta semakin laju menghampiri.

Miyeon memejamkan matanya . Adakah ini pengakhiran buat dirinya.

"Miyeon!!!''

Tiba-tiba dia merasakan badannya ditolak oleh seseorang ke bahu jalan.

Miyeon mengerang kesakitan dia memandang kearah jalan.

"Nara!!!!!''

kelihatan tubuh kecil seorang gadis terbaring di tengah jalan.

*****

Nara segera di kejarkan ke hospital. Keadaannya kelihatan agak parah. Miyeon hanya mampu menangis ini semua salahnya.. kalau waktu itu dia tidak terjatuh tentu semua ini tidak akan berlaku.

Miyeon diberitahu oleh doktor bahawa keadaan Nara stabil. Cuma sekarang tinggal tunggu masa untuk dia sedar. Dan pemeriksaan seterusnya akan dilakukkan selepas gadis itu sedar. Miyeon hanya mampu mengukir senyuman apabila mendengar kata-kata dari doktor itu. "Syukurlah , mudah-mudahan Nara akan cepat sedar..''

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now