Chapter 4

3K 242 7
                                    

Majlis perkahwinan yang dirancang berjalan dengan begitu lancar kini Seungcheol dan Miyeon sudah sah menjadi suami dan isteri. Maka bermulalah episod baru di dalam kehidupan mereka..

Miyeon hanya duduk terdiam di birai katil di dalam bilik. Dia menoleh ke kiri dan kanan bilik yang di hias cantik itu telah membuatnya rasa gerun tak tentu pasal. ''Miyeon kenapa dengan kau ni ..'' bisiknya yang cuba untuk menenangkan dirinya.

''Kau dah kenapa hah?''

Miyeon tersentak lalu pandangan terus dipalingkan memandang ke arah Seungcheol yang sudah terpacak disebelahnya itu. Miyeon masih lagi mendiamkan dirinya. Seungcheol terus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Miyeon.

Seungcheol mengeluh perlahan. Adakah keputusannya ini betul? Gadis yang sudah sah menjadi isterinya dipandang buat seketika.

"Kenapa pandang saya macam tu..'' soal Miyeon.

"Suka hati akulah nak pandang kau macam mana sekali pun. Lagipun kau kan sekarang dah jadi bini aku.." jawab Seungcheol dengan satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.

Miyeon menelan air liurnya takut untuk memandang wajah Seungcheol yang berada disebelahnya itu.

Seungheol memandang sekilas wajah Miyeon. Kelihatan gadis itu agak takut untuk memandangnya. Satu senyuman sinis sekali lagi terukir di bibirnya.

"Weh, kau tidur kat sofa sana, aku nak tidur kat katil.'' kata Seungcheol selamba.

Miyeon terkedu. Rasa macam tak percaya dengan kata-kata yang baru didengari olehnya itu.

"Bo? Apa yang awak kata?'' soal Miyeon.

Seungcheol mendengus. "Aku cakap, aku nak tidur dekat atas katil. Kau tidur dekat sofa. Faham tak?"

"Awak ni tak berhati perutlah! Sampai hati awak suruh saya tidur dekat sofa?'' soal Miyeon geram.

"Eh! Minah ni asal berani lawan cakap aku? Takkanlah sifat dulu dia datang balik..'' bisik hati Seungcheol.

"Awak..''

"Apa?!''

"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?'' soal Miyeon dengan nada yang geram.

"So? Apa aku kesah? Ni bilik aku, tu katil aku. Kau tidur sofa sana!'' jawab Seungcheol.

Miyeon mencebik. "Ish! Dia ni aku nak buat baik-baik, makin dia pijak-pijak aku pula..''

"Kau kutuk aku ke?'' soal Seungcheol apabila dia perasan Miyeon seperti sedang mengatanya.

Miyeon pantas mengelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kau tak payah nak tipulah. Kau fikir aku bodoh? Kau kutuk aku kan?" desak Seungcheol yang masih tidak mahu mengalah.

"Saya tak kutuk awaklah!!'' jawab Miyeon keras.

"Okay then, tidur bawahlah kalau kau tak nak tidur dekat sofa.'' kata Seungcheol.

"Awak ni biar betul?" soal Miyeon sekali lagi.

Seungcheol pantas mengangguk.

"Hmm..'' Miyeon mendengus perlahan.

"Okaylah kalau macam tu. Apa kata kita sama-sama tidur dekat atas katil ni. Lagipun kita kan suami isteri.'' Kata Seungcheol sambil tersenyum nakal.

Mata Miyeon terus membuntang apabila mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Seungcheol itu.

"Asal, takut?" bisik Seungcheol kepada Miyeon.

"Okay, awak ingat saya takut ke??" Balas Miyeon selamba. Lalu dengan segera gadis itu terus melompat naik ke atas katil.

"Hoi! Apa yang kau buat ni?? Turunlah!" terbuntang terus mata Seungcheol melihat tindakan dari Miyeon itu.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now