Chapter 12

2.8K 216 16
                                    

"Joshua...''

Miyeon hanya menundukkan kepalanya ke bawah. "Kenapa Joshua perlu tengok semua ni. Seungcheol kenapa dia tak bangun-bangun lagi, haish!" bisik hati Miyeon.

"Joshua, ikut aku jom." tangan Joshua pantas di tarik oleh Mingyu. Joshua tidak membantah dan mengikut Mingyu turun dari dalam bas itu.

"Haish, awak bangunlah kita dah sampai." Miyeon cuba untuk mengejut Seungcheol. Tetapi lelaki itu langsung tidak menunjukan sebarang reaksi.

"Ish! Dia ni kan.." dengus Miyeon.

"Miyeon awak—"

Miyeon tersentak dia kenal suara itu. Lalu dengan pantas Miyeon terus mendongak memandang ke atas dan melihat Jun sudahpun terpacak di hadapannya dengan riak wajah yang terkejut.

Jun terhenti berkata apabila dia melihat Miyeon bersama dengan Seungcheol.

"Miyeon apa yang—" Jun tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana masih terkejut dengan apa yang baru dilihat olehnya.

Seungcheol tiba-tiba membuka matanya dan memandang ke arah Miyeon. Dan kemudian lelaki itu mengalihkan pandangan matanya mengikut arah mata Miyeon. kelihatan Jun sudah terpacak disitu. Seungcheol hanya tersenyum lalu dengan muka selambanya dia pun terus bangun dari tempat duduknya dan terus berjalan turun dari bas meninggalkan Miyeon dan Jun disitu, dengan muka yang tak bersalah.

Jun memberikan jelingan tajam kepada Seungcheol yang sedang berlalu itu. Dia kemudian mengepal penumbuknya, nampaknya lelaki bernama Seungcheol itu masih tidak berpuas dengannya. Pandangan kemudian teralih ke arah Miyeon. Gadis itu hanya menundukkan kepalanya memandang ke bawah. Entah kenapa dia mula takut untuk menatap wajah Jun itu.

Jun terdiam tanpa berbicara lalu lelaki itu terus berjalan turun dari bas dan meninggalkan Miyeon yang masih terduduk itu.  Entah mengapa Jun berasa marah. Jujur dia cemburu apabila melihat ada lelaki lain dekat dengan Miyeon. Sora yang telah melihat segalanya hanya mampu menahan rasa geram.

"Playgirl? Perempuan tu memang tak guna! Aku tak tahan lagi! Kau tunggu sahaja Kim Miyeon! Aku akan buat kau menyesal!" kemarahan yang disimpan sudah tidak tertahan lagi. Nampaknya Sora sudah mula merancang sesuatu.

****

Baiklah semua sila beratur, saya akan bahagikan kumpulan. Kumpulan pertama Seungcheol, Miyeon, Jun, Sora, Joshua, Mingyu dan Seungkwan"

"Seungkwan? Eh! Tadi Cikgu sebut nama Seungkwan kan?" soal Mingyu kepada Seungcheol. Seungcheol hanya menganggukkan kepalanya.

Mingyu mula tersenyum dia menoleh ke kiri dan ke kanan "Seungkwan, mana dia? Oh, Seungkwan.." mata Mingyu mula menyilau mencari-cari kelibat Seungkwan.

Seungcheol hanya mengelengkan kepalanya. Mata Seungcheol terus memandang ke arah Miyeon. Joshua perasan pandangan mata Seungcheol itu. Dia masih ingat Seungcheol pernah beritahu yang Miyeon adalah sahabatnya. Tetapi adakah hubungan mereka hanya sekadar sahabat sahaja? Mengapa dia merasakan bahawa mereka berdua mempunyai satu hubungan yang istimewa.

Pandangan mata Sora juga tertumpu kepada Miyeon.

"Inilah masanya.."

Tanpa Sora sedari Seungcheol secara tidak sengaja terpandang renungan yang ditunjukkan oleh Sora itu. Dan dia mula mengsyaki sesuatu.

"Baiklah semua kumpulan sudah dibahagikan jadi saya harap kamu semua boleh berkerjasama kalau ada apa-apa masalah boleh terus tanya kepada saya.'' Ujar Puan Lim.

****

"Seungkwan apa yang kau buat kat sini? Group kau tu sana tu.." kata Dokyeom kepada Seungkwan yang sedang bersembunyi di dalam khemah. Lepas diumunkan dia berada di kumpulan itu, dia cepat-cepat bersembunyi di dalam khemah.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now