Chapter 6

2.8K 231 19
                                    

Pagi itu Miyeon bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia berasa amat teruja kerana dapat kembali ke sekolahnya semula. Beg sandang di capai dari meja lalu disangkut pada bahu. Matanya melirik memandang ke arah jam di dinding lalu gadis itu memandang sekilas ke arah Seungcheol yang masih lena itu.

"Haish!! Tidur lagi?!'' dengus Miyeon. Lalu gadis itupun terus menghayunkan kakinya ke arah sofa.

"Awak...''

"Hmm..'' lelaki itu mengeliat kecil sambil tangannya meraba-raba mencapai bantal ditepi lalu ditekup ke muka.

"Awak, bangunlah nanti kita lambat pergi sekolah..'' kata Miyeon sambil dia menggoyang-goyangkan bahu Seungcheol, menyuruh lelaki itu untuk bangun.

"Ish!!'' Seungcheol terus bangkit dari pembaringan dia kemudian melemparkan renungan tajamnya ke arah Miyeon.

"Awak.. bangun nanti kita lambat nak pergi sekolah..'' kata Miyeon perlahan.

Seungcheol hanya mendiamkan diri. Wajah Miyeon masih direnung dengan tajam. Miyeon menelan air liur. Rasa gerun melihat pandangan mata Seungcheol itu.

"Sa-saya tu- turun dulu.'' kata Miyeon dengan nada yang tersekat-sekat. Tangannya juga kelihatan sedikit mengeletar. Tidak pernah dia berasa gerun begini. Kakinya kemudian diatur perlahan menuju ke arah pintu. Miyeon menguak pintu, matanya sempat melirik ke arah Seungcheol lelaki itu masih sedang duduk di tempatnya dan masih merenung ke arahnya.

"Kena sampuk ke dia ni..'' bisik Miyeon, dan kemudian dengan segera gadis genit itu terus memecut berlari keluar dari bilik itu.

***

"Eh! Miyeon! Kenapa lari-lari ni, nanti jatuh..'' tegur Puan Choi.

"Sorry omma..'' ucap Miyeon.

"Macam-macamlah kamu ni, Seungcheol mana? Nanti lambat pula nak pergi sekolah, dah pukul berapa dah ni? Dia dah bangun?" tanya Puan Choi panjang lebar.

"Hmm.. belum.. eh! Dah..''

"Dah ke belum?"

"Miyeon dah kejut, dia bangun tapi tak tahu kalau sambung tidur balik..'' ujar Miyeon.

"Ish! Budak bertuah ni! Takpa kamu pergi breakfast dengan appa dulu, omma pergi tengok dia dekat atas..'' kata Puan Choi. Miyeon hanya menganggukkan kepalanya dan kemudian gadis itu terus mengatur langkahnya menuju ke ruang makan.

***

"Seungcheol, nanti dekat sekolah baru jaga perlakuan kamu tu. Jangan nak jadi samseng faham? Omma dah malas nak turun naik court untuk selesai masalah kamu tu. Macam masalah yang kamu lakukakan disekolah lama kamu tu." ujar Puan Choi mengingatkan anaknya.

"Appa pun nak kamu ubah diri kamu tu Seungcheol. Jangan pentingkan diri.'' Kali ini Tuan Choi pula yang bersuara.

Miyeon yang berada disitu hanya menjadi pendengar. "Seungcheol ni samseng? Ergh! Memang beza dari Seungcheol yang dulu..'' bisik hati Miyeon.

Seungcheol hanya mengeluh. "Jadi budak baik?" bisik Seungcheol.

***

"Nanti sampai sekolah awak terus pergi ke pejabat tau! Nanti akan ada cikgu yang akan tunjukkan kelas awak.'' Beritahu Miyeon pada Seungcheol.

Seungcheol hanya mendiam tidak melayan Miyeon. Miyeon pula terus mencebik sambil gadis itu melontarkan pandangnnya memandang ke luar tingkap. Malas dia ingin melayan Seungcheol lagi.

"Encik Lee turunkan saya dekat sini .." Seungcheol tiba-tiba bersuara mengarahkan pemandu dihadapan supaya berhenti.

"Awak nak ke mana?'' Miyeon menyoal apabila melihat Seungcheol yang sudah ingin keluar dari dalam perut kereta tersebut.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now