"Awak.... ''
"Mi—Miyeon kau nak apa?" soal Seungcheol dingin.
"Awak ni, awak terima kasih Joshua bagitau kat saya yang awak yang bagi video tu kat cikgu.'' ujar Miyeon.
Seungcheol mengangkat kedua keningnya. "Mana Joshua tahu aku yang bagi video tu.'' bisik Seungcheol.
"Awak?"
"Lepas ni jangan berahsia dengan aku, kalau ada masalah cakap jangan diam. Faham?" tegas Seungcheol. Miyeon hanya tersenyum. Nampaknya Seungcheol sudah mula berubah.
"Pehal senyum macam tu?" tanya Seungcheol.
"Okay, saya tak senyum, by the way mana awak dapat video tu? Siapa yang hantar dekat awak?" Miyeon bertanya dengan nada ingin tahu. Seungcheol terdiam buat seketika. Apa harus dijawab?
"Kau tak perlu tahu, dan jangan ambil tahu.'' jawab Seungcheol laju. Lalu dia pun terus mengatur langkah pergi. Miyeon masih berdiri tidak berganjak dari tempatnya.
"Seungcheol ni peliklah.."
****
"Kim Miyeon!!''
Miyeon terus menoleh kebelakang kelihatan Jun sedang berlari anak menuju kearahnya.
"Jun, awak...''
Belum sempat Miyeon menghabiskan kata-kata Jun terus menarik Miyeon ke dalam pelukkannya. Miyeon kelihatan terkejut dengan tindakkan dari Jun itu. Pantas Miyeon terus meleraikan pelukkan itu.
"Kenapa awak peluk saya macam itu? Awak tahu tak kita dekat mana ni?!" marah Miyeon. Jun terdiam dia juga terkejut apabila Miyeon tiba-tiba sahaja memarahinya begitu.
"Maafkan saya..'' ucap Jun, Miyeon hanya berdiam. Wajah lelaki dihadapannya direnung buat seketika.
"Saya nak cakap sesuatu..'' serentak mereka berdua berkata.
Jun tersenyum. Miyeon pula terkaku. "Awak nak cakap apa Miyeon?" tanya Jun.
"Awak dulu..'' balas Miyeon pendek.
"Takpalah awaklah dulu.'' balas Jun kembali.
"Tak, Jun awak dulu..'' Miyeon membalas yang kedengaran agak serius.
"Baiklah, Kim Miyeon—'' tiba-tiba Jun melutut di hadapan Miyeon.
"Kim Miyeon, sudi tak awak menjadi kekasih saya?" tanya Jun sambil tersenyum.
Miyeon tersentak mendengar kata-kata dari Jun itu. Jun sedang melamarnya? Tak, dia tidak boleh menerimanya.
"Jun, bangunlah janganlah macam ni.'' kata Miyeon.
"Kenapa? Awak tak suka?" tanya Jun. Miyeon pantas menganggukkan kepalanya. Jun mengalah dan terus berdiri semula.
Nafas ditarik panjang, Miyeon merenung wajah Jun buat seketika. "Jun, maaf tapi saya cuma anggap hubungan kita hanya sebagai kawan dan tak lebih dari itu..'' akhirnya Miyeon berkata jujur mengenai perasaannya kepada Jun. Kelihatan wajah lelaki itu berkerut, mungkin dia tidak dapat menerima jawapan yang telah diberikan oleh Miyeon itu.
"Miyeon awak..''
"Saya harap kita akan tetap berkawan ya?" Miyeon pantas memintas kata-kata Jun. Jun menunduk kepalanya kebawah. Nampaknya cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
"Jun..''
"Awak dah ada kekasih ke Miyeon?" Jun bertanya. Miyeon terkaku buat seketika. Apakah jawapan yang harus dijawab?
"Ya, saya dah ada kekasih, kami dah lama bercinta. Maaf sebab saya tak bagitau dekat awak dari awal saya yang salah sebab saya dah mempermainkan perasaan awak.'' jelas Miyeon diharap jawapan yang diberi cukup buat Jun faham.
YOU ARE READING
Arghh!! She Is My Wife?
FanfictionPerkahwinan yang di atur oleh keluarga? Seungcheol langsung tidak menyangka yang ibunya akan menyuruhnya untuk berkahwin pada usianya yang masih mentah itu. Lebih memeningkan kepalanya apabila mengetahui calon isterinya adalah perempuan yang paling...