"Okay, baiklah kelas hari ini saya ingin memperkenalkan kamu kepada pelajar baru kita. Silakan memperkenalkan diri kamu.'' arah Puan Lim.
Seungcheol mengangguk sebelum dia berjalan ke hadapan sedikit. Dia tersenyum mamandang teman-teman sekelasnya, matanya juga sempat melirik memandang ke arah Miyeon yang kelihatan gelisah itu. "Tunggu kau Miyeon..''
"Annyeong, nama saya Choi Seungcheol. Korang boleh panggil saya Seungcheol je.." kata Seungcheol memperkenalkan dirinya dengan penuh rasa hormat tidak seperti Seungcheol yang kejam seperti yang Miyeon kenal.
"Comelnya suara dia!!!'' sekali lagi kedengaran suara itu menyapa gegendang telinga Miyeon. Gadis itu masih lagi bersabar menahan amarahnya.
"Yalah, nama dia Seungcheol nama aku Suyeon sweet tak?" beritahu temannya.
"Kau ni, gediklah hehe ..."
Sudah tidak tertahan lagi Miyeon terus memusingkan badannya ke belakang.
"Boleh senyap tak? Bising tahu tak?!'' marah Miyeon tiba-tiba.
"Kenapa dengan dia ni? Sibuk je kita tak kacau dia pun kan?" bisik pelajar itu kepada temannya.
"Entah, tiba-tiba nak marah-marah kenapa?"
"Dia gila kut? hehehe..''
Kelihatan dua orang pelajar itu sedang tertawa dan berbisik sesama mereka sambil mereka memberi jelingan kepada Miyeon.
Miyeon mengepal penumbuknya. Kalau diikutkan hatinya ingin sahaja dia penumbuk dua orang manusia yang berada di hadapannya itu. Tetapi dia masih lagi boleh bersabar dari bertindak lebih agresif.
"Sabar Miyeon..'' Miyeon memejamkan matanya sebentar dan cuba untuk bersabar menahan dirinya.
"Omo!!''
Miyeon segera membuka matanya kembali. Dia kemudian melihat riak wajah terkejut yang ditunjukkan oleh kedua orang pelajar di hadapannya itu. Miyeon berpaling. Terus berubah riak wajahnya juga. Terlopong mulutnya apabila melihat Seungcheol sudahpun berdiri disebelahnya.
Seungcheol hanya mengelengkan kepalanya sebelum lelaki itu mengambil tempat duduknya di bangku bersebelahan dengan Miyeon itu.
"Tutup mulut tulah..'' bisik Seungcheol.
Miyeon seperti baru tersedar dari lamunan terus menutup mulutnya yang terbuka luas itu.
"Ish! Dekat rumah dah jumpa dia, dekat sekolah pun jumpa dia, duduk pun sebelah dia?" dengus Miyeon dalam hati.
"Baiklah, kelas kita akan mula kelas kita pada hari ini..'' kata Puan Lim dihadapan. Semua pelajar terus memberikan perhatian di hadapan.
Mata Miyeon melirik memandang ke arah Seungcheol.
"Harap-harap dia tak buat masalah dekat sekolah ni..'' bisik Miyeon.
***
"Awak..''
"Hmm.. Apa?"
"Awak tak-''
"Miyeon.''
Mieyon dan Seungcheol serentak berpaling memandang ke arah suara itu.
"Ya, Joshua?"
"Rehat jom.'' pelawa Joshua.
Seungcheol yang berada disitu terus memberi renungan tajamnya kepada Miyeon sebelum dia berlalu keluar dari kelas itu.
"Budak baru tu nampak dingin kan?" kata Joshua perlahan selepas Seungcheol berlalu keluar dari kelas itu.
YOU ARE READING
Arghh!! She Is My Wife?
FanficPerkahwinan yang di atur oleh keluarga? Seungcheol langsung tidak menyangka yang ibunya akan menyuruhnya untuk berkahwin pada usianya yang masih mentah itu. Lebih memeningkan kepalanya apabila mengetahui calon isterinya adalah perempuan yang paling...