Chapter 3

3.3K 239 7
                                    

Pagi itu cuaca kelihatan sungguh cerah sekali. Miyeon nampaknya sudah bersiap sedia untuk pergi ke sekolah pada pagi itu.

"Miyeon.." Panggil Puan Kim iaitu ibu kepada Miyeon.

"Nae, omma?" Miyeon terus menapak ke arah ibunya.

"Petang nanti Puan Choi nak datang ke rumah, jadi kamu balik sekolah jangan lambat ya?" kata Puan Kim mengingati anaknya untuk pulang awal pada hari itu.

"Nae, baiklah omma, Miyeon pergi dulu. Annyeong .." ucap Miyeon kepada ibunya. Gadis itu kemudian melambai tangan ke arah ibunya sebelum dia melangkah keluar meninggalkan perkarangan rumah.

"Nae, Annyeong .." balas Puan Kim sambil melambai kembali ke arah anak gadisnya itu.

***

"Seungcheol petang nanti lepas omma ambil kamu dari sekolah kita terus pergi rumah Miyeon tau!" Beritahu Puan Choi.

Seungcheol yang sedang menikmati makanannya tiba-tiba tersedak. "Uhuk, uhuk, apa? Omma?"

"Seungcheol! makan betul-betul, macam budak-budaklah kamu ni." Ujar Puan Choi geram. Seungcheol hanya mendiam, tidak membalas kata-kata dari ibunya itu. Bukannya apa takut kalau dia membalas tak pasal-pasal jadi sidang parlimen pula pada pagi itu. Kalau begitu sampai esok pun tidak akan habis.

"Miyeon tu bila omma tengok lama-lama dia nampak comel kan?" Puan Choi mula berkata memuji gadis itu dihadapan Seungcheol. Seungcheol masih lagi mendiamkan diri.

"Omma aku ni macam dah lebih sayang anak orang dari anakknya sendiri.." bisiknya dalam hati.

"Aik! Tak kan cemburu ler pula.." tiba-tiba satu suara menyapa gegedang telinganya.

Seungcheol menoleh ke kiri dan ke kanan. Pelik. Suara siapakah itu?

"Seungcheol? Kenapa dengan kamu?" soal Puan Choi hairan. Hairan melihat kelakuan anak terunanya itu.

"Ah! Takda apa-apa omma.." jawab Seungcheol sambil tersengih.

"Aku ni dah gila ke sampai boleh dengar suara bukan-bukan?" kata hatinya.

***

Sedang Miyeon berjalan di koridor sekolah. Secara tidak sengaja dia telah terlangar seseorang sehingga telah menyebabkan dia dan orang itu terus jatuh terduduk ke lantai.

"Aduh ..." rintih Miyeon.

"Awak tak apa-apa?" Tiba-tiba kelihatan ada satu tangan dihulurkan buatnya.

Miyeon mendongakkan kepalanya untuk memandang ke arah orang itu.

"Awak tak apa-apa?" Sekali lagi soalan yang sama di tanya. Miyeon masih lagi terkaku. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru dilihat olehnya itu, orang yang sedang berdiri sambil menghulurkan tangannya kepadanya itu ialah..

"Jun-sshi.." Itu sahaja yang mampu di ucap oleh Mieyon sewaktu dia bertentang mata dengan lelaki yang sedang menunduk dihadapannya itu. Jun hanya tersenyum, lalu lelaki itu terus mencapai tangan Miyeon dan menarik gadis itu berdiri.

"Hmm..mianhae, Jun-sshi.." ucap Miyeon sambil dia menundukkan kepalanya kebawah.

"Eh! Tak mengapa, saya yang kelam kabut tadi, awak okay? Ada cedera kat mana-mana ke?" Tanya Jun prihatin. Prihatin dari mamat sorang tu yang langsung tak perikemanusiaan! Tiba-tiba Miyeon teringatkan Seungcheol. Kenapalah masa macam ini dia boleh teringat dekat mamat itu pula?

Miyeon hanya mengelengkan kepalanya. Mukannya sudah naik merah apabila dia bertentang mata dengan lelaki itu.

Jun ialah seorang "kingka" disekolah yang amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar terutamanya pelajar perempuan disekolahnya itu. Miyeon sudah banyak kali mendengar cerita mengenai Jun tetapi tidak pernah terserempak dengannya, selalu mendengar kebaikkan lelaki itu tetapi dia sendiri tidak tahu benar atau tidak. Dan kini dia sudah melihat kebaikkan serta kesopanan lelaki itu.

Arghh!! She Is My Wife? Where stories live. Discover now